,
Laman Utama

“Bukan Emaslah B*bi” - Bengang Di Panggil Bodoh, Iqbal ‘Ajar’ Netizen Biadap Di DM Instagram

Izwan Isa
08/06/2022
22:50 MYT
Selebriti media sosial Ahmad Iqbal Zulkefli baru-baru ini melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana menerima seutas jam tangan berjenama Rolex yang difahamkan bernilai RM100,000.
Menerusi perkongsian Iqbal, jam tangan tersebut merupakan pemberian seorang usahawan bernama Datin Reena, yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.
Menurut penyanyi lagu Hujan itu, dia menunggu sekitar dua tahun untuk membeli jam berkenaan, namun sebaliknya diberi sebagai hadiah oleh wanita berkenaan.
Begitupun, tindakan Iqbal memuat naik perkongsian tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen yang bertanya sama ada jam tangan tersebut asli atau palsu.
Ada juga yang meminta dia berkongsi resit untuk membuktikan bahawa jam tersebut bernilai RM100,000.
Tidak kurang dengan itu, Iqbal turut menerima DM daripada seorang netizen yang memanggilnya dengan perkataan bodoh kerana menganggap Iqbal memakai jam tangan emas.
Iqbal dengan selamba membalas: “Bukan emaslah b*bi,” tulisnya.
Sementara itu, Iqbal turut meluahkan perasaan di Instagram Story susulan reaksi netizen yang negatif terhadap hadiah yang diterimanya.
“Apabila pakai barang fake netizen akan cakap, ‘Kata kaya, takkan pakai barang fake kot.’
“Apabila pakai barang original, netizen pun kata, ‘Barang ori boleh bawa masuk kubur ke?’
“Ada juga menyapa, ‘Kalau ori tunjuklah resit’.
“Apabila tunjuk resit netizen pun cakap, ‘Riaknya. Orang lain kaya diam-diam je.’
“Begitulah ceritanya,” tulis Iqbal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Hiburan

Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari Dari Rumah - "Mereka Tidur, Biarkan Mak Masak, Dengan Baju Berlonggok"

gempak
22/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon jelita Ayu Raudhah, iaitu Zaquan Adha mendedahkan dua pembantu rumahnya yang melarikan diri malam tadi sempat mencuri kepingan duit raya yang disimpannya di rumah.
Viral

Bapa Mengamuk Ustaz Gunting Rambut Anak - "Rambut Panjang Tak Masuk Mereka..."

gempak
02/07/2024
08:55 MYT
Seorang individu meluahkan rasa berans selepas seoranng guru sebuah sekolah agama dipercayai memotong rambut anak lelakinya tanpa meminta izin.
Hiburan

Penonton Emosi & Geram, Pukul Pelakon Lelaki Ipar Adalah Maut

gempak
27/06/2024
14:50 MYT
Filem Ipar Adalah Maut memang menjadi bualan dan ‘laris manis’ di pawagam.
Hiburan

Artis Tak Muncul Buat Persembahan, Peminat Bakar Pentas!

gempak
26/06/2024
04:24 MYT
Berang kerana menunggu terlalu lama bagi menyaksikan persembahan artis, sebuah konsert di sini berakhir huru-hara apabila peminat bertindak membakar pentas.