Bukan ‘Gula-Gula Kapas’! Netizen Terkejut Dapat Tahu Istilah Bahasa Melayu Sebenar Cotton Candy
Gempak
21/06/2024 11:55 MYT
21/06/2024 11:55 MYT
Bagi penggemar pemanis mulut, ‘gula-gula kapas’ mungkin sering menjadi pilihan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Namun, tahukah anda, ‘gula-gula kapas’ merupakan istilah kurang tepat bagi menu pemanis mulut yang selalu dihidangkan dalam pelbagai bentuk dan warna itu?
Menerusi perkongsian di platform X, gedung perabot popular yang turut terkenal dengan jualan produk makanan melabelkan pemanis mulut itu sebagai ‘alusmitai.
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Pesan Aiskrim Secara Online Dapat Jari Sebagai ‘Bonus’ - "Saya Fikir Ia Coklat Atau Kacang"
ARTIKEL BERKAITAN: Empat Suspek Termasuk Dua Wanita Pecah Rumah Kieda Crepe Direman
ARTIKEL BERKAITAN: “Speak Now, Taylor” - Peminat Gesa Taylor Swift Buka Mulut Mengenai Palestin Menerusi Surat Terbuka
Hal itu dapat dilihat pada menu terbaharu aiskrim lembut (soft serve) popular mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian yang dibuat oleh pereka dalaman Ben Firdaus itu menarik perhatian netizen, khususnya mereka yang tidak pernah mendengar istilah berkenaan. Ben turut memuat naik tangkap layar istilah sebenar yang diambil daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka:
Selain itu, gedung menjual perabot itu juga turut menerima pujian dalam kalangan netizen yang dilihat lebih memartabatkan bahasa Melayu berbanding syarikat lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Dikatakan Bermulut Lancang, Ajai Respon - “Takkan Nak Bagi Komen Tak Jujur, Yang Tak Sedap Kata Sedap”
Dalam masa sama, terdapat juga wargamaya yang memberitahu ‘mitai’ bermaksud manis dalam bahasa Tamil.
Sumber: Platform X
Sumber: Platform X