BERITA
Bukan Kaleng Kaleng! Raffi Ahmad Belanja Hadiah Perkahwinan Sule 30 Tiket Penerbangan Ke Bali
Raffi Ahmad merayakan pernikahan sahabat baiknya, Sule dan Nathalie Holscher dengan cara tersendiri.
Sebaik mendapat tahu pasangan yang baru menikah semalam ini mempunyai keinginan berbulan madu di Bali, Raffi Ahmad tak agak agak menawarkan tiket penerbangan buat mempelai ke Pulau Dewata itu.
Bukan dua, tetapi Raffi mengatakan dia akan membayar semua jumlah rombongan penumpang pergi dan balik yang terdiri daripada keluarga Sule dan Nathalie yang bakal ikut ke Bali.
"Abang Sule mahu berbulan madu di Bali. Jadi saya dan Rans Entertainment akan memberikan hadiah buat kalian ke Bali ya. Hadiah itu dari saya," ungkap Raffi Ahmad, di YouTube Rans Entertainment.
Sambung Raffi: "Catat ini. Saya beri hadiah tapi tiket penerbangan sahaja kerana penginapan hotel semua sudah ada.
"Jadi tiket penerbangan pergi balik saya belanja. Berapa orang? 29? Banyaknya!
"Tapi tenang. Tak apa, saya dan isteri, Nagita akan belanja 30 tiket untuk semua rombongan yang ikut mempelai berbulan madu," umum Raffi.

Menurut Sule dia memang sengaja berbulan madu membawa anak dan keluarga kerana sudah terbiasa bersama sama.
"Saya memang suka buat rombongan, bawa anak dan keluarga. Nathalie juga akan mengajak keluarganya juga," kata Sule.
Sule yang merupakan seorang duda dan kekasih mualafnya, Nathalie selamat menikah pada 15 November 2020 dalam suasana sederhana dan mengikut protokol kesihatan Covid 19.
Pada majlis tersebut, pelawak itu memberi mas kahwin sebanyak RM58 ribu, 75 gram emas dan sepersalinan alat solat.
Instagram: @ferdinan_sule

Must-Watch Video