Berita

"Bukan Mudah Handle ..." - Rita Rudaini Dedah Kisah Uruskan Anak Seorang Diri

gempak
Rozaimi Zubaidi
08/05/2019
06:02 MYT
Sponsor Banner
"Bukan Mudah Handle ..." - Rita Rudaini Dedah Kisah Uruskan Anak Seorang Diri
Pelakon Rita Rudaini mengakui kehidupan bergelar seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 bukan sesuatu yang mudah untuk dilaluinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rita menjelaskan dia harus memastikan segala persiapan dan keperluan anaknya disediakan terlebih dahulu.
"Setiap kali raya mesti mommy siapkan diaorang awal-awal. Senang sebab mommy pun kerja tak tentu masa. Lagipun mommy seorang-seorang yang uruskan segalanya.
"Mommy suka planning, susun biar semuanya smooth. Bukan mudah handle sorang-sorang, tapi kalau kena caranya, Insya-Allah di permudahkan apa saja.
"Tak pernah mommy pikir 'tak boleh' walaupun mommy tak tau apa jadi di depan.
"Baju raya, baju Melayu, kasut raya untuk anak-anak mommy. Tu pun diaorang tak mintak beli kasut dan baju casual sebab diaorang cakap kasut dah ada, boleh pakai lagi.
"Tapi mommy nak jugak beli sebab apa yang mommy dapat ni pun adalah 'rezeki mereka'. Terima kasih ALLAH. Alhamdulillah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji sikap yang ditunjukan oleh Rita terhadap anak-anaknya dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live