"Saya juga bukan nak burukkan isteri Shuk tapi kenyataan saya sebelum ini adalah satu teguran supaya tidak menjadi ciri-ciri wanita akhir zaman yang mana aib suka dibuka dengan secela-celanya.
Iqram ditemui pada majlis pelancaran produk Sun Spectrum + oleh Avenys, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Iqram turut menasihati warganet agar berhati-hati dalam membuat sebarang komen.
"Saya harap netizen pun janganlah terlalu menghukumi. Saya tahu netizen pun geram dengan apa yang berlaku, tapi saya rasa janganlah bangkitkan kisah silam mereka.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui ujian. Walaupun saya belum berkahwin, tapi saya tahu serba sedikit.
"Kita doakan yang baik-baik buat mereka. Jangan runtuhkan masjid lagi sebab kes perceraian pun semakin tinggi," katanya.
Pernah mengusahakan perniagaan bersama, Iqram turut kagum dengan usaha Shuk menguruskan perniagaan namun kurang senang apabila nama Shuk kembali diburukkan.
"Sekarang ini saya lihat Shuk berusaha keras ke sana sini untuk berniaga. Berbeza dengan Shuk yang dahulu.
"Bila isteri dia keluarkan perkara itu nampak macam Shuk buruk sangat. Tak seronok rasanya sebagai rakan saya tidak tolong backup.
"Apa yang dikeluarkan itu ibarat Shuk seorang sahaja yang jahat dan buruk," jelasnya.
Terdahulu isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu iaitu Fara Salleh meminta aktor Iqram Dinzly agar tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka memandangkan aktor tersebut bukan berkahwin dengannya.
Iqram menasihati Fara agar menggunakan platfrom sepatutnya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapinya bukan dengan berkongsi di laman sosial.
Terdahulu, Fara pernah kongsikan permasalahan rumah tangganya di platform Thread yang mengundang pelbagai spekulasi antara dia dan suaminya, Shuk Sahar.
Bagaimanapun Shuk memilih untuk berdiam diri dan menegaskan dia tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.