“Bukan Nak Campur Tangan Tapi Sekadar Nasihat Agar Tak Buka Aib” - Iqram Dinzly Jawab Dakwaan Back Up Shuk
Khairil Khusyairi
16/08/2024 05:55 MYT
16/08/2024 05:55 MYT
Pelakon Iqram Dinzly memberi respons dengan membela pelawak Shuk Sahar yang sedang berdepan masalah rumah tangga.
Bercakap kepada Gempak, Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, berkata, dia sebenarnya enggan mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
Sebaliknya, berasa kurang senang apabila si isteri memburukkan suami kepada khalayak umum.

"Saya bukan nak masuk campur rumah tangga dia tapi saya sekadar menasihati agar tidak membuka aib seperti mencampak batu sorok tangan.
"Saya juga bukan nak burukkan isteri Shuk tapi kenyataan saya sebelum ini adalah satu teguran supaya tidak menjadi ciri-ciri wanita akhir zaman yang mana aib suka dibuka dengan secela-celanya.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kita perlu jaga adab walau seburuk mana sekalipun isteri atau suami itu. Sebolehnya kita cuba tutup aib antara satu sama lain dengan sebaik mungkin," ujarnya.
Iqram ditemui pada majlis pelancaran produk Sun Spectrum + oleh Avenys, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Iqram turut menasihati warganet agar berhati-hati dalam membuat sebarang komen.
Dalam pada itu, Iqram turut menasihati warganet agar berhati-hati dalam membuat sebarang komen.
"Soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi. Saya tak boleh nak katakan apa yang berlaku adalah kifarah atau karma kerana saya tidak tahu masalah rumah tangga mereka dengan lebih mendalam.
"Saya harap netizen pun janganlah terlalu menghukumi. Saya tahu netizen pun geram dengan apa yang berlaku, tapi saya rasa janganlah bangkitkan kisah silam mereka.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui ujian. Walaupun saya belum berkahwin, tapi saya tahu serba sedikit.
“Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui ujian. Walaupun saya belum berkahwin, tapi saya tahu serba sedikit.
"Kita doakan yang baik-baik buat mereka. Jangan runtuhkan masjid lagi sebab kes perceraian pun semakin tinggi," katanya.
Pernah mengusahakan perniagaan bersama, Iqram turut kagum dengan usaha Shuk menguruskan perniagaan namun kurang senang apabila nama Shuk kembali diburukkan.
"Sekarang ini saya lihat Shuk berusaha keras ke sana sini untuk berniaga. Berbeza dengan Shuk yang dahulu.
"Sekarang ini saya lihat Shuk berusaha keras ke sana sini untuk berniaga. Berbeza dengan Shuk yang dahulu.
"Bila isteri dia keluarkan perkara itu nampak macam Shuk buruk sangat. Tak seronok rasanya sebagai rakan saya tidak tolong backup.
"Apa yang dikeluarkan itu ibarat Shuk seorang sahaja yang jahat dan buruk," jelasnya.
Terdahulu isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu iaitu Fara Salleh meminta aktor Iqram Dinzly agar tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka memandangkan aktor tersebut bukan berkahwin dengannya.
Iqram menasihati Fara agar menggunakan platfrom sepatutnya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapinya bukan dengan berkongsi di laman sosial.
Terdahulu, Fara pernah kongsikan permasalahan rumah tangganya di platform Thread yang mengundang pelbagai spekulasi antara dia dan suaminya, Shuk Sahar.
Bagaimanapun Shuk memilih untuk berdiam diri dan menegaskan dia tidak pernah bercakap buruk tentang orang lain.