HIBURAN
“Bukan Orang Fesyen, Kalau Boleh Selekeh Saya Selekeh”- Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani akui seorang yang sangat minimalis dan tidak terlalu mementingkan fesyen.
Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mail berkata dia lebih gemar berseluar pendek dan memakai baju t-shirt ketika keluar bersiar-siar.
“Saya bukan orang fesyen dan sebenarnya kalau nak tahu saya lebih selesa keluar dengan berseluar pendek dan memakai t-shir. Tak nak berfesyen sangat pun.
“Tetapi kalau foto-foto di dalam Instagram (IG) yang saya muat naik itu pula kebanyakkannya ketika saya sedang bekerja.
“Sebab itu apabila nama saya dicalonkan dalam kategori fesyen untuk Anugerah MeleTOP 2019 saya hanya ketawa sebab tak sangka.
“Jika pakaian harian, selagi boleh selekeh saya memang saya akan selekeh,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai akaun media sosial, Mail memberitahu dia mahu mendekatkan diri bersama peminat dengan memuat naik posting yang melambangkan perangai sebenarnya.
“Sebenarnya saya mahukan pengikut yang mengikuti IG mengenali diri saya sebagai seorang Ismail Izzani.
“Saya tidak mahu menyimpan atau menyorokkan apa-apa daripada mereka. Sebab itu saya tidak kisah kalau memuat naik video yang menampakkan perangai ‘gila-gila’ saya.
“Saya memuat naik benda-benda sebegitu sebab saya mahu mereka tahu bahawa perangai saya memang begitu. Rasanya saya juga telah berkongsi sebahagian daripada diri saya di IG,” jelasnya.
Ismail Izzani Zainal Nazeri merupakan anak kepada penyanyi yang popular pada tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam.
Ismail mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun dan menjadi fenomena selepas single pertama berjudul Sabar hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn mendapat perhatian peminat.
Must-Watch Video