Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red bukan sahaja bakal kehilangan isteri keduanya tetapi juga isteri pertamanya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.

BERITA TRENDING: Adira Nekad Berpisah, Suami Terpaksa Reda - “Bukan Dugaan Tapi Balasan Terhadap Apa Yang…

Bagaimanapun Adnan menegaskan, keputusan Adira dan Datin Red memfailkan perceraian terhadapnya bukan satu pakatan yang sudah dirancang sebaliknya ia berlaku secara kebetulan.

“Untuk keputusan ini (cerai) mereka tidak ada pakatan. Cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan.

“Lepas ini, saya nak ke Kuala Selangor pula. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.

“Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang dengan sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun sudah ramai.

“Jadi saya mahu pertahankan apa yang ada.Saya juga manusia, lalai dan saya asyik minta maaf banyak kali tapi benda tetap berulang lagi (perpisahan). Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham,” katanya kepada Gempak.

Adnan ditemui sebaik sahaja selesai prosiding hasil keputusan laporan Jawatakuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada Selasa.

Bagaimanapun proses tersebut gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.

Penguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu Datuk Red dikurniakan dua cahaya mata dan secara keseluruhan, dia mempunyai 11 orang anak bagi semua perkahwinannya.