Hiburan

Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras

gempak
Asyikin Mayudin
02/05/2024
03:39 MYT
Sponsor Banner
Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras
Untuk filem The Experts yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Astro Shaw kali ini menjalinkan kerjasama strategik pemasaran bersama jenama air minuman, Calpis Soda.

Kerjasama Dengan Calpis Soda

Penerbit Eksekutif The Experts merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata pihak mereka terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengukuhkan filem terbitan Astro Shaw.
“Astro Shaw terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memartabatkan dan mengukuhkan filem kami.
“Kami percaya terdapat banyak aspek kreatif yang boleh kami terokai melalui filem, dengan mengaitkan jalan cerita tersebut ke dalam versi komersial untuk sesuatu produk.
“Kami juga melihat sinergi yang hebat dalam menyatukan dua industri untuk menguatkan promosi kedua-dua pihak,” kata Jastina kepada Gempak.
Dalam pada itu, Raja Jastina turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Etika Group terutama Ketua Pegawai Eksekutif Etika Holdings, Mr. Santhruban, dan Ms. Amy Gan, naib pengerusi Pemasaran Etika untuk peluang mencipta TVC khas untuk produk jenama air mereka.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Etika Group, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etika Holdings, Mr. Santhruban, dan Ms. Amy Gan, naib pengerusi Pemasaran Etika kerana memberi kami peluang untuk mencipta TVC khas ini untuk pelancaran produk baharu anda, Calpis Soda.
“Melalui perkongsian ini, kami telah melancarkan iklan khas dengan Calpis Soda seperti yang anda semua saksikan tadi. Iklan ini menampilkan pelakon The Experts, iaitu Datuk Aaron Aziz dan Ray Dapdap.
“Ia memaparkan misi aksi heist keluarga The Experts mengambil kembali air minuman Calpis. Kami harap dengan kerjasama ini akan meningkatkan lagi kesedaran mengenai filem dan menetapkan standard baharu untuk pemasaran inovatif yang melangkaui hiburan semata-mata, mewujudkan hubungan bermakna dengan penonton,” ujarnya lagi.
Menerusi kerjasama ini, Astro Shaw dan Calpis Soda mempersembahkan iklan eksklusif bertajuk 'Operasi Fizz’ dibawakan khas oleh Calpis Soda.
Iklan komersial ini menampilkan pelakon daripada The Experts sendiri, Datuk Aaron Aziz dan Ray Dapdap dengan memaparkan misi aksi ‘heist’ keluarga The Experts mengambil kembali air minuman Calpis.

BERITA TRENDING: Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi…

BERITA TRENDING: M’sian Movie Sheriff Collects RM16.3 Million At the Box Office in Just Four Days + Sneak Preview

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024