Berita

"Bukan Saya Memilih, Tapi..." - Yusry Selesa Urus Kerjaya Sendiri

gempak
ZULHILMI JALIL
17/02/2020
09:39 MYT
Sponsor Banner
"Bukan Saya Memilih, Tapi..." - Yusry Selesa Urus Kerjaya Sendiri
Pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim memberitahu bahawa dia bukanlah individu bersifat memilih tawaran yang datang, khususnya apabila menyentuh soal penglibatan dalam program televisyen.
Yusry, 47, berkata, dia perlu memikirkan soal jadualnya berikutan dia banyak terikat dengan komitmen lain sebelum bersetuju untuk muncul di kaca televisyen.
"Bukan nak cakap saya memilih, cuma kalau kena pada masanya, ada rezeki saya buat.
"Sekarang ini, lebih kepada jadual. Lagipun, saya juga ada mengarah dan pada masa sama, saya juga pensyarah di UiTM (Universiti Teknologi MARA).
"Jadi, kalau ada benda yang saya boleh slot masuk, tak makan masa lama, saya boleh buat je," kongsi Yusry yang kini muncul dalam program I Can See Your Voice musim ketiga.
Tambah Yusry, dia kini banyak bergerak sendiri dengan menguruskan kerjaya seninya tanpa terikat dengan sebarang syarikat pengurusan.
"Saya bukan 'keluar' KRU. Cuma, saya banyak buat freelance sekarang ini. Jadi, semuanya saya uruskan sendiri.
"Apabila bergerak sendiri ini, lebih memberi kepuasan dan lebih banyak terbuka untuk bekerja dengan pihak lain," katanya.
Bercakap mengenai program I Can See Your Voice musim terbaharu, Yusry menggantikan Seelan Paul sebagai penyiasat untuk mengesan individu yang merupakan penyanyi sebenar pada musim kali ini.
"Ingatkan pengalaman 30 tahun merakam lagu dan menilai penyanyi, bolehlah jadi penilai yang baik, tapi rupanya ke laut.
"Ingatkan dah pandai, sama-sama dibodohkan, tertipu habis," kongsinya yang pertama kali menyertai program asal rancangan dari Korea itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live