Hiburan
Bukan Sebab Suami, Siti Saleha Tolak Drama Banyak Episod
Aktres Siti Saleha mendedahkan dia telah membuat keputusan untuk menolak drama terutama yang memerlukan komitmen yang lama.
Jelas Saleha, 30, tindakannya itu bukan disebabkan permintaan suami, Ahmad Lutfi Azhar tetapi atas keinginan dirinya sendiri.
"Penat.. Tengok dalam televisyen macam senang tapi kena kerja keras. Jadi pelakon ini bukan mudah dan ia sememangnya sukar.
Advertisement
"Kadang-kadang kena kerja lebih 12 jam sehingga menyebabkan kita rasa penat.
"Saya sendiri tahu batasan saya sebagai isteri walaupun suami tak beritahu atau larang.
"Kalau ada watak-watak yang terlalu romantik dan sebagainya, saya tahu batasnya dan saya pun dah tak suka balik kerja lewat malam," katanya kepada Gempak.
Tambah adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam dia tidak berasa tertekan apabila sering diasak mengenai anak.
"Doakan yang baik-baik. Dari pihak saya tak pernah timbul perasaan stress.
"Kalau ada rezeki, memang kami nak. No pressure," kata wanita kacukan Melayu-Inggeris ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Uda dan Dara menyatakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu digunakan untuk mengembangkan bakat terpendam.
"Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikan kami waktu untuk luangkan masa bersama memandangkan sebelum ini, masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
"Tempoh itu juga saya gunakan untuk kembangkan hobi saya menjadi bakat contohnya memasak dan melukis," katanya lagi.
Sekadar informasi, Saleha dan Lutfi berkahwin pada 28 Julai 2017.
Must-Watch Video