Laman Utama
"Bukan Sebab Tak Nak Dedahkan..."- Remy Ishak Akhirnya Sahkan Isteri Kini Hamil
Hero Malaya, Remy Ishak akhirnya mengesahkan bahawa isterinya, Ezza Yusof kini hamil lima bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan perubahan bentuk badan pasangannya yang diperkatakan sebelum ini.
Memetik laporan dari Kosmo!, Remy, 40 perasaan bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa.
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Sundal Malam tersebut turut mengatakan imbasan (ultrabunyi) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Remy juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
“Sekarang kandungan dah lima bulan dan kita boleh nampak baby bump. Dah ada ‘baby’ dalam perut. Dah buat imbasan semua dan memang tak boleh sembunyi dah.
“Orang pun tengok keadaan dia macam mana sekarang kan? Begitulah dan betul apa yang diperkatakan ramai. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bakal bergelar seorang bapa Memang sesuatu yang sangat istimewa.
“Cuma saya minta doa yang baik-baik daripada orang ramai agar fasa baharu dalam kehidupan suami isteri antara saya dan Ezza mendapat rahmat Allah S.W.T. rasa lain macam bila nak bergelar bapa," katanya
Terdahulu, khabar angin mengatakan yang Ezza Yusof sedang hamil bertiup kencang melihat daripada perubahan bajagian perutnya hang semakin berisi di media sosial.
Walau bagaimanapun, usahawan berkenaan meminta orang ramai bertanyakan sendiri kepada suaminya, Remy Ishak bagi mendapatkan penjelasan.
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021.
Sumber: Kosmo! Online
Must-Watch Video