Hiburan

“Bukan Semua Info Di Internet Benar, Ada Yang Mendatangkan Kemudaratan”- Dr. Imelda

Asraf Aided
27/06/2019
13:25 MYT
Pengacara program terbaharu Tanya Doktor Imelda, Dr. Imelda melihat masyarakat masa kini khususnya golongan wanita mudah terpengaruh dan mempercayai maklumat yang tidak benar di internet.
Justeru menerusi program yang dikendalikannya, Dr. Imelda berkata dia bakal berkogsi maklumat mengenai tips penjagaan kesihatan wanita dari sudut pandangan doktor.
"Masyarakat masa kini mudah terpedaya dengan apa yang dibaca di internet, bukan semua info yang dikongsi itu benar, ada juga yang boleh mendatangkan kemudaratan.
"Oleh itu, menerusi program ini saya akan berkongsi info mengenai cara-cara mencegah penyakit dan tips menjaga kesihatan berkaitan aspek kesihatan wanita.
"Selain itu, program ini juga mampu menghentikan penyebaran mitos di luar sana dan membantu golongan wanita mendapatkan sumber rujukan yang betul," katanya kepada Gempak.
Tanya Doktor Imelda yang turut dikemudikan oleh Lisa Surihani itu akan mula ditayangkan pada 4 Julai ini, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"First Time Tengok Program tu, Dalam Hati Cakap Macam Best..." - Impian Syida Melvin Jadi Kenyataan

gempak
28/02/2020
03:00 MYT
Gaya Hidup

"Bukan Semua Keputihan Itu Penyakit" - Dr. Imelda

gempak
30/08/2019
07:54 MYT
Hiburan

"Bukan Semua Penyakit Cyst Memerlukan Pembedahan" - Dr. Imelda

gempak
02/08/2019
08:34 MYT