Pelakon Emma Maembong akui belajar beberapa ayat asas dalam bahasa bahasa Korea untuk bertutur dalam filem Kimchi Untuk Awak (KUA).
Menurut Emma, atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 25, agak sukar untuk menyebut ayat-ayat yang diajar memandangkan dia tidak biasa dengan bahasa berkenaan.
“Bagi saya memang sukar untuk bercakap dalam bahasa Korea, berbelit-belit lidah bila menyebut ayat-ayat yang diajarkan.
“Walaupun itu adalah ayat asas seperti Annyeong Haseyo (apa khabar), tapi bila saya sebut bunyinya dah jadi lain.
“Maklumlah orang Melayu, jadi mungkin pelik sikitlah bunyinya. Kadang-kadang bila berlatih bercakap pun saya tergelak sendiri.
“Hasilnya? Tengok sajalah nanti dalam Kimchi Untuk Awak, itu pun saya dah cuba sehabis baik,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram (IG) Emma, peminat mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem tersebut.
Rata-ratanya ingin melihat gandingan sweet Emma dan Aiman selain gelagat lucu Danial Lee dan Bella yang diibaratkan bagai anjing dengan kucing kerana kerap bergaduh.
Selain Emma, Kimchi Untuk Awak turut dibintangi oleh Aiman Hakim, Janna Nick, Dira Abu Zahar, Ungku Hariz dan Sharifah Sakinah.
Filem terbitan Astro Shaw dan Darkwave Pictures ini menemui penonton bermula hari ini (30 Mac).
KUA juga merupakan filem pertama arahan Michael Ang.
Kimchi Untuk Awak mengisahkan tentang pertemuan Bella (Emma Maembong) dengan seorang lelaki Melayu kacukan Korea, Danial Lee Jae Hwan (Aiman Hakim) secara tidak sengaja di Lapangan Terbang Incheon.
Pertemuan itu menimbulkan rasa benci Bella terhadap Danial kerana sikapnya yang berlagak dan menggelarnya sebagai Samseng.
Bagaimanapun satu insiden menyebabkan Bella dan Danial terpaksa diijabkabulkan atas sebab tertentu.
Ketika cinta mula berputik, timbul pula salah faham sehingga menyebabkan Bella mengambil keputusan untuk membawa diri ke Seoul.
Danial kemudiannya nekad untuk mencari Bella dan memikat kembali hatinya.
Dari situ bermulanya bibit-bibit percintaan romantik antara Bella dan Danial.
Dapatkah Daniel mempertahankan perkahwinan mereka selepas Yoo Ri dan Zara muncul untuk menganggu rumahtangga mereka?
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Thu Mar 30 2017


Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man of the Year Majalah GQ
Majalah terkenal GQ edisi Timur Tengah menobatkan wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza sebagai Man of the Year

MagiK Filem Gadis Pekak 'Cakap' Dengan Kelip-Kelip, Tayangan Khas Untuk Golongan Masalah Pendengaran
Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem “magiK”.
Lawak Atau Koyak S2 | Kecik tak relaks, Hael tanya sapa Nabila?
Kecik tak relaks, Hael tanya sapa Nabila? . Dalam tenang Hael jawab soalan, nampak geram dengan Kecik tu. Video penuh #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
Episode Akhir #myfamousEXboyfriend >> Setiap Isnin- Khamis, 10 malam di Astro Ria dan Astro Go
Episode Akhir #myfamousEXboyfriend >> Setiap Isnin- Khamis, 10 malam di Astro Ria dan Astro Go
Travelawak Projek Bapak Bapak S2 - Bapak bapak menyelam dengan Shark! (EP5)
Bapak bapak menyelam dengan Shark! Geng Bapak Bapak kini kembali dengan musim kedua! Jom bergelak tawa, sambil bercuti bersama bapak-bapak di Australia!
Saksikan Travelawak Projek Bapak Bapak S2 mulai 2 November, setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go.
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna
Saksikan Travelawak Projek Bapak Bapak S2 mulai 2 November, setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go.
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna
Travelawak Projek Bapak Bapak S2 - Roy Azman usik dugong (EP5)
Roy Azman usik dugong. Geng Bapak Bapak kini kembali dengan musim kedua! Jom bergelak tawa, sambil bercuti bersama bapak-bapak di Australia!
Saksikan Travelawak Projek Bapak Bapak S2 mulai 2 November, setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go.
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna
Saksikan Travelawak Projek Bapak Bapak S2 mulai 2 November, setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna atau strim di Astro Go.
#TravelawakProjekBapakBapak
#ProjekBapakBapak
#Travelawak
#AstroWarna

Lagi Pendedahan! Individu Dakwa Kakak Kandung Fatin Umaidah Dibuang Keluarga Sebab Tak Setuju Adik Kahwin Dengan Alif Teega
Alamak makin panas ni.

All Stars Gegar Vaganza: “Apa Yang Kita Cakap Harus Hati-Hati Takut Berbalik Pada Diri Sendiri” - Aliff Aziz
Ada betulnya apa yang Aliff cakap tu kan.
CANTIK TAK? : Jaclyn Victor makeup dalam kereta pun tetap vass!
Jaclyn Victor memang makeup laju. Tapi tetap vass! So korang nak tau tips makeup dari Jalyn Victor, layan video ini sampai habis.
Kalau korang nak tengok artis-artis ni makeup cantik sambil membawang, dan share rahsia kecantikan masing masin, tonton video ni sampai habis!!!
Saksikan Gegar Vaganza 10, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau STRIM di Astro GO
#CantikTak #allstarsgegarvaganza
Kalau korang nak tengok artis-artis ni makeup cantik sambil membawang, dan share rahsia kecantikan masing masin, tonton video ni sampai habis!!!
Saksikan Gegar Vaganza 10, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau STRIM di Astro GO
#CantikTak #allstarsgegarvaganza

Maleeq Dragster Anak Malaysia Pertama Juara RCS Championship Series Japan
Tahniah Maleeq Dragster

“Exists Ini Saya Suka Lagunya, Namun Belum Pernah Jumpa Orangnya” - Pasha Ungu
Ungu mahu berkongsi pentas dengan Exists