Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui terkilan apabila ada sesetengah pihak yang mendakwa dirinya sombong.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata, meskipun bergelar seorang pelawak namun dia sebenarnya mempunyai perwatakan yang serius ketika berada di luar.

"Melawak itu merupakan satu pekerjaan bagi saya dan tidak semestinya saya akan bergurau sepanjang masa.

"Mungkin ramai orang beranggapan bahawa saya akan sentiasa kelihatan ceria dan kelakar ketika berada di luar.

"Namun sebenarnya saya seorang yang serius dan banyak berfikir.

"Ada juga yang datang tegur saya sombong kerana tidak kelakar dan perwatakan saya berbeza daripada apa yang mereka lihat dalam televisyen," katanya kepada Astro Gempak.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran program Sukan Ke Laut, di Sports Affairs, Cheras, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi