HIBURAN
Bukan Yang Pertama, Tapi Syed Saddiq Pilihan Ke-4 Bella Astillah - “Lepas Kita Berdua Berbincang, Itu Ketentuan Allah…”
Hubungan baik antara penyanyi Bella Astillah dengan ahli politik, Syed Saddiq sememangnya menjadi perhatian peminat terutama sejak mereka digandingkan dalam satu jenama pakaian raya.
Pilihan keempat
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Syed Saddiq mendedahkan dia sebenarnya merupakan pilihan yang keempat Bella untuk dijadikan pasangan dalam sesi fotografi jenama pakaian itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Sweet Bella & Syed Saddiq Dah Sampai Ke Korea, Peminat BASS Teruja - “Semoga Berjodoh Hingga Ke Jenjang Pelamin”
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Kacau Bella, Tu Saya Punya” - Syed Saddiq
ARTIKEL BERKAITAN: Abang Pun Restu Syed Saddiq Dengan Bella Astillah, Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Saya Jarang Nampak Dia Happy Macam Ni”
“Dia memang duta pertama bagi Prima Valet. Saya hanya duta dalam parlimen saja la kan, buat kerja kat parlimen. Satu hari saya dapat panggilan daripada Bella.
“Dia beritahu ada satu jenama ini nak buat photoshoot raya bersama. Dia tanya saya nak buat ke tak. Saya tak tanya pun jenama apa, sebab saya letakkan kepercayaan penuh ke atas Bella.
“Saya pun setuju sebab satu hari saja. Apa yang saya tidak tahu pada masa tersebut, saya merupakan pilihan nombor empat bagi Bella Astillah. Dia dah call tiga orang dulu,” kongsinya.
Ketentuan Allah
Pada perkongsian yang sama, Ahli Parlimen Muar ini juga menganggap segala yang berlaku merupakan ketentuaan Allah.
“Tapi selepas kita berdua berbincang, itu ketentuan Allah. One way atau another, pilihan nombor satu ke dua ke keempat ke, akhirnya kita berdua yang berada di atas pentas.
“Nombor satu ke nombor 10 tak penting, yang penting adalah di pagi raya,” ujarnya.
Identiti pilihan pertama
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan identiti pilihan pertamanya merupakan seorang selebriti namun individu tersebut tidak dapat lakukan disebabkan permintaannya di saat akhir.
“Terima kasih kepada takdir. Yang pertama itu saya tak boleh sebut nama tapi artis juga tapi masih baik, cuma dia tak dapat buat. Memang last minute,” katanya.