Berita
“Bukankah Masya Masyitah Bertudung?”- Tampil Dengan Imej Baharu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan
Rakaman video dan foto yang menunjukkan imej terbaharu penyanyi Masya Masyitah telah menimbulkan rasa kurang senang oleh ramai netizen.
Malah rata-rata keliru dengan imej Masya yang kelihatan seperti memakai snowcap dan menampakkan seperti rambut panjang berjurai.
Menerusi video yang dikongsi ke akaun Instagram miliknya itu Masya dilihat sedang menari TikTok bersama rakan-rakannya.
“Tu rambut palsu ke atau rambut sebenar? Bukan ke Masya Masyitah pakai tudung?,” persoal salah seorang pengikutnya.
“Masya lebih cantik jika pakai tudung elok-elok,” nasihat salah seorang netizen.
“Kalau boleh jangan terikut-ikut western hijab nanti lama-lama suka dan lama-lama buka pula ya Allah tolong ya kerana awak nampak ok bila pakai tudung elok-elok dan labuh-labuh,” tegur salah seorang warga maya.
“Saya lagi suka tengok awak pakai tudung dari pakai rambut palsu macam ni,” komen salah seorang pengikutnya lagi.
Namun, Masya tidak berdiam diri malah tampil memberi penjelasan kepada salah seorang netizen.
“Itu dandan yang diperbuat dari kain,” jawabnya.
Bagaimana pun komen itu dibalas kembali oleh salah seorang pengikutnya yang tidak bersetuju dengan pemakaiannya.
“Menyerupai rambut sama je tak boleh hukumnya ibarata kita pakai rambut palsu. Adik dah jadi public figure kalau boleh jadi teladan yang baik. Tak miskin kalau kita tutup aurat betul-betul,” jawab salah seorang netizen.
Masyah merupakan juara program Ceria Popstar musim kedua di bawah bimbingan Hazama pada 2014 dan kini Masya popular dengan lagu Halimunan dan terbaharu, Hapus.
Must-Watch Video