Laman Utama
“Bukannya Suami Kau Tepuk Punggung Kami”- Tiada Niat Nak Viral, Ifa Raziah Akui Lakukan Sekadar Hiburan
Selebriti versatil, Ifa Raziah tampil memberi respon mengenai video tular yang menunjukkan aksi menepuk punggung sesama rakan usahawan lain seperti Datuk Seri Vida, Kak KM serta Che Ta Pot Pet.
Bercakap kepada Astro Gempak, Ifa memberitahu aksi itu dilakukan tanpa sedar kerana ia sebahagian cara mereka bergurau senda sesama rakan.
“Saya tak tahu ia viral dan pada mulanya pun ia dimuat naik oleh rakan yang lain. Saya tak pasti mengenainya.
“Saya tak faham mengapa orang mahu mengecam aksi itu. Bukannya suami kau tepuk punggung kami.
“Bagi saya kami hanya lakukan sekadar hiburan dan ia sebahagian cara kami bergurau senda sama seperti orang lain juga,” jelasnya ketika ditemui di sebuah program rakaman.
Video yang tular itu telah mendapat kecaman dari netizen yang mengganggap ia sebagai melampau dan kurang sopan apabila dipertonton kepada umum.
Tambah Ifa lagi, dia tidak kisap dengan persepsi masyarakat terhadap dirinya kerana menganggap apa yang berlaku sepatutnya dilihat dari sudut positif.
“Saya tiada niat mahu video itu mengundang kecaman atau apa. Pada saya ia terpulang kepada individu itu melihat perkara itu sama ada negatif atau positif.
“Terus-terang video itu sekadar untuk bergembira sahaja tiada niat buruk lain selain mahu mempromosikan lokasi StarVendor.
Menerusi video berkenaan dilihat Ifa dan tiga usahawan itu sedang berpaling dan menepeuk punggung sesama mereka sambil bergelak ketawa mempromosikan lokasi dan masa jualan StarVendor.
Must-Watch Video