“Buktikan Betul Atau Tidak Saya Berada Di Rumah” - Ali Puteh Minta Jiran Tampilkan Bukti Jelas & Hentikan Fitnah
Baru-baru ini seorang individu yang kononnya mengaku jiran dan tinggal berdekatan dengan kediaman arwah Abam Bocey mendedahkan bahawa pelawak Ali Puteh sebenarnya berada di dalam rumah ketika kakak iparnya, Norhidayah datang ke rumah tersebut.
Tidak mendiamkan diri, Ali atau nama penuhnya Syed Mubarak Ali, 33, menjelaskan dakwaan individu tersebut adalah tidak benar dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah.
Kata Ali, sekiranya dirinya benar-benar berada di dalam rumah ketika itu, dia meminta individu berkenaan untuk tampil ke depan dan mengekemukam bukti yang jelas.
“Fitnah makin besar dan makin besar sekarang.
“Saya minta jiran yang kononnya jiran saya itu tampil ke depan dan pastikan betul atau tidak saya berada di rumah,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam masa sama, Ali turut memaklumkan bahawa dia tidak pun menetap di rumah berkenaan.
“Saya tidak duduk di situ dan tiada di situ. Macam mana jiran kata saya ada di situ?
“Kalau betul tampil ke depan. Orang kalau betul tak pakai fake account untuk beri komen,” tambahnya.
Terdahulu, satu tangkap layar tersebar di laman sosial apabila seorang individu mengaku jiran kepada arwah Abam Bocey mendakwa Ali Puteh berada di dalam rumah ketika balu Abam, Norhidayah datang ke rumah tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.