Penyanyi tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang memang cukup dikenali dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan lewat kepiawaian beliau menjadi juri dalam program realiti Gegar Vaganza.

Perkataan perkataan yang digunakan penyanyi senior ini seperti ‘tembakannya’ cukup sinonim dengan wanita yang juga dipanggil Bunda ini.

Tidak hanya mahu peminat mengenalinya sebagai seorang juri yang banyak membantu memberi pelajaran kepada penyanyi Malaysia, Hetty Koes Endang siap bertemu khalayak menerusi sebuah konsert yang cukup bermakna dalam kariernya.

Penyanyi berusia 64 tahun ini bakal menjayakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang. Konsert yang berkonsepkan makan malam ini dianjurkan sepenuhnya oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd.

Ia juga sebagai perayaan Jubli Emas, 50 tahun bunda berkarya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan penghibur.

Mengikut perancangan awal, sepatutnya konsert ini bakal diadakan pada tahun 2020.

Namun semua maklum akan keadaan semasa berikut pelaksanaan perintah kawalan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid 19, menyebabkan ianya tertangguh. Hinggalah tahun 2022 konsert Jubli Emas ini akanterlaksana.

Memilih 27 Ogos 2022, bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur, tepat pukul 8 malam beliau dijangka melakukan persembahan selama 120 minit yang bakal menyaksikan bunda mendendangkan sekitar 15 buah lagu hit.

Beliau juga akan mendendangkan beberapa buah lagu khas tribute buat komposer dan penyanyi legenda seperti Broery dan Datuk Ahmad Nawab.

Sekali lagi, bunda bekerjasama bersama Dato Ramli MS sebagai pengarah muzik pada konsert itu nanti serta diiringi pemuzik-pemuzik professional tanahair. ‘Muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik’, ujar Bunda.

Bagi yang ingin menyaksikan konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini, boleh mendapatkan tiket-tiket dari tiket agen ilassoticket.com. Meja-meja berharga:

VVIP - RM 11,700 - 6pax
(RM1,950 per pax)

VIP - RM 8,700 - 6pax
(RM1,450 per pax)

Platinum- RM 6,640 - 8pax (RM830 per pax)

Gold - RM 4,560 - 8pax
(RM570 per pax)

Untuk pembelian meja :
www.wasap.my/60129858809 - Kadir

www.wasap.my/60192299717 Fandy

www.wasap.my/60124667299 Mia

Tiket juga boleh dibeli di
https://ilassotickets.com/event/konsert-jubli-emas-hetty-koes-endang/