Laman Utama

Bunga Ambil Kelas Lakonan Dengan Kak Ogy

gempak
Zulaikha Yusof
17/08/2020
06:05 MYT
Sponsor Banner
Bunga Ambil Kelas Lakonan Dengan Kak Ogy
Penyanyi rap, Bunga, 20, mengambil inisiatif untuk menyertai kelas lakonan sebelum melangkah masuk ke set penggambaran filem televisyen (FTV), 'Aku, Bunga'.
Menurut Bunga, dia menuntut ilmu dengan pelakon dan penerbit, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ogy.
"Sebagai persediaan sebelum saya melangkah ke lokasi penggambaran FTV ini, saya ada menyertai kelas lakonan bersama Kak Ogy. Pihak Warner Music yang uruskannya.
"Kelas itu hanya sehari, dari pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Banyak ilmu yang saya dapat daripada orang berpengalaman sepertinya," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari bersyukur kerana ramai yang tidak lokek berkongsi ilmu memandangkan ini kali pertama dia berkecimpung dalam lakonan.
"Ini kali pertama saya berlakon. Saya tak pernah ada sebarang pengalaman walaupun pergi uji bakat.
"Jadi, sedikit sebanyak menerusi bimbingan Kak Ogy, saya belajar bagaimana mengembangkan watak yang saya bawakan.
"Selain itu, saya juga bersyukur kerana pengarah Khabir Bhatia, Naim Daniel dan pelakon lain tak lokek berkongsi ilmu dengan saya. Mereka banyak beri tunjuk ajar di set penggambaran," katanya lagi.
'Aku, Bunga' ditayangkan mulai 13 Ogos di Astro First Eksklusif, saluran 480. Untuk pilihan alternatif, FTV ini juga boleh didapati di platform On Demand.
BACA: 'Aku, Bunga' Tampilkan Ben Amir, Naim Daniel & Bunga
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live