Hiburan

Bunga Citra Lestari Masak 18KG Rendang Sambut Aidilfitri

gempak
Maliah Surip
07/04/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Bunga Citra Lestari Masak 18KG Rendang Sambut Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Selain ‘pesta balik kampung’, sebahagian ibu rumah tangga sudah mempersiapkan diri untuk ‘berperang’ di dapur.
Nampaknya, salah seorang selebriti terkenal iaitu Bunga Citra Lestari atau BCL sudah siap untuk ikut bertukar pekerjaan daripada seorang penghibur kepada tukang masak.

Perkongsian

Menerusi perkongsian terkini di media sosial, BCL sedang sibuk mempersiapkan juadah wajib yang disediakan keluarganya setiap hari raya.
BCL dilihat sedang memotong daging dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak rendang daging.
Penyanyi yang baru menikah dengan Tiko Aryawardhana itu menyatakan menyediakan sehingga 18 kilogram rendang sempena Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
“Rendang Daging, Paru, 18 kilogram,” tulisnya ringkas di Instastory.
Selain hebat sebagai penyanyi, air tangan BCL memang selalu menerima pujian dalam kalangan keluarga dan sahabatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saiz Perut BCL Jadi Sorotan Netizen, Ramai Speku Sedang Hamil?

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti Nama Sinclair Di Akaun Instagram, BCL: “Ringkas Tapi Tak Mudah”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024