gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki Ditangkap Kencing Merata Cuba Rasuah Polis RM30
HIBURAN
Aidiladha: 120,000 Kenderaan Dijangka Menggunakan Plaza Tol Gombak
HIBURAN
Zarif Ghazi Tak Kejar Anugerah, Mahu Fokus Asah Bakat Lakonan - “Saya Masih Hijau…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Busana Konsert Di Singapura Dapat Kritikan, Ernie Zakri Terima Dengan Hati Terbuka - “Peminat Layak Berikan Pendapat Namun…”

gempak
Asyraf Roslan
05/06/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Busana Konsert Di Singapura Dapat Kritikan, Ernie Zakri Terima Dengan Hati Terbuka - “Peminat Layak Berikan Pendapat Namun…”
Penyanyi, Ernie Zakri menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka mengenai busananya di konsert Aura: Ernie Zakri yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.
Menurut Ernie, setiap penampilan di atas pentas telah dirancang dengan teliti bersama pasukannya dan keputusan akhir dibuat hasil perbincangan bersama.
“Saya baca juga perkara ini di aplikasi X untuk konsert saya baru-baru ini, saya terima segala feed back yang diberikan dan setiap perancangan yang kita buat untuk gaya saya pada konsert tersebut adalah gaya yang telah ditetapkan oleh saya dan pasukan.
“Kebetulan tema konsert ini adalah aura jadi kami kena kaitkan fesyen dan juga album aura ini sebab tu anda akan nampak reben dan sebagainya tapi bagi saya penting juga untuk kita dengar pendapat daripada mereka. Setiap teguran yang baik-baik sudah tentu kami akan ambil,” ujarnya.
Pelantun lagu Masing-Masing itu juga akui tidak berkecil hati dengan pandangan yang diberikan oleh peminat.
Namun sebagai penyanyi, sudah semestinya dia mahu berikan yang terbaik setiap kali muncul di hadapan peminat.
“Kadang-kadang peminat layak memberikan padangan mereka namun apa yang terjadi di belakang pentas hanya saya dan pasukan saya sahaja yang tahu sebab kita berusaha sehabis baik untuk berikan kepada penonton.
“Apa sahaja anda lihat saya pakai ini tidak mungkin satu pengorbanan yang tak akan mungkin saya nak ceritakan kepada peminat sebab dan kenapa saya perlu pakai sedemikian, tapi saya ucapkan terima kasih atas perhatian anda. Apa sahaja teguran yang baik akan saya ambil,” tambahnya.
Dalam pada itu, Ernie meluahkan rasa syukur apabila konsertnya berjalan lancar dan dapat menebus kekecewaannya ketika persembahan di Malaysia.
“Bersyukur, sebab kita dah plan lama untuk konsert ini. Alhamdulillah semua perancangan ini berjalan dengan lancar walaupun dekat Malaysia saya kurang sihat tapi saya dapat tebus di Singapura.
“Nak buat konsert ini dua jam je, tapi perjalanan nak menuju ke hari itu sangat mencabar tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar.
Terdahulu, penampilan Ernie Zakri ketika membuat persembahan di konsert Aura: Ernie Zakri telah menerima kritikan daripada peminat.
Ramai yang beranggapan bahawa gaya tudung seperti Rapunzel dan serkup kepala tidak sesuai untuk penyanyi itu.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Ernie Zakri
#Busana
#Konsert Aura: Ernie Zakri
Must-Watch Video