LAMAN UTAMA
Busana Neelofa & Mira Filzah Disamakan Dengan Ikan Laga, Netizen Back Up - “Biarlah Asalkan Tutup Aurat, Cantik Je”
Busana yang digayakan oleh pelakon, Neelofa dan Mira Filzah dalam program Next To Neelofa 2 mendapat perhatian netizen.
Ini kerana busana berwarna biru dan merah itu disamakan seperti ikan laga kerana kedudukan kain yang lebar itu seakan-akan menyamai bentuk ekor ikan tersebut.
Malah foto kedua-dua pengacara cantik ini juga dikongsi di akaun Instagram dan Facebook MeleTOP selepas seorang pengikut meninggalkan komen mengenai persamaan itu.
"Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya," tulis seorang netizen.
Bagaimanapun usikan individu itu disambut dengan komen-komen positif netizen lain antaranya:
“Tak apa yang penting tutup aurat, nampak cantik sangat-sangat. Laga ke kembung ke termenung ke siakap ke apa-apa jelah.”
“Tak kisah lah ikan Laga pun, janji tutup aurat, cantik je tengok,”
“Jauh lebih baik dari nampak pusat, skirt pendek baju ketat tu....sakit mata nengok,”
“Okay lah ikan laga daripada sarung buah nangka,”
Saksikan musim kedua Next To Neelofa, setiap Sabtu pada jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Must-Watch Video