Cahaya Icha Belanja Ibu Bapa Tak Cukup Duit Nak Beli Minyak Wangi Untuk Anak, Netizen Pula Yang ‘Panas Hati’ - “Tolonglah Jangan Bebankan Mak Ayah!”
Ainun
10/09/2024 14:25 MYT
10/09/2024 14:25 MYT
Video pempengaruh terkenal di TikTok, Cahaya Icha, yang memperlihatkan dia membantu sepasang suami isteri yang ingin membeli minyak wangi untuk anak mereka mendapat perhatian netizen.
Menerusi video berdurasi satu minit 38 saat, pasangan suami isteri itu memberitahu kepada Cahaya Icha bahawa mereka tidak mempunyai wang secukupnya untuk memberi minyak wangi yang harganya agak mahal.
Menerusi video berdurasi satu minit 38 saat, pasangan suami isteri itu memberitahu kepada Cahaya Icha bahawa mereka tidak mempunyai wang secukupnya untuk memberi minyak wangi yang harganya agak mahal.
“Saya datang ke sini sebab nak beli minyak wangi dekat anak makcik. Minyak wangi anak saya dah habis tapi bila pergi tengok minyak wangi itu tidak ada sebarang promosi. Jadi, saya tidak beli sebab tidak cukup duit”, katanya menerusi video tersebut.
Pempengaruh tersebut terus membawa pasangan itu ke kedai minyak wangi selain turut berkongsi rezeki dengan membeli barangan rumah, memandangkan ketika itu adalah hari lahir wanita tersebut.
Netizen
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen tersentuh dengan sikap Cahaya Icha yang sanggup membantu pasangan tersebut.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang menyatakan bahawa anak pasangan tersebut tidak sepatutnya meminta barangan mahal daripada orang tuanya memandangkan mereka tidak mampu membelinya.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Tak tahulah ini konten betul atau tidak tapi anak makcik ini umur berapa? Apahal sampai mak nak kena beli minyak wangi? Untuk saya, minyak wangi itu memang mahal. Demand nya!”
“Anak-anak tolonglah jangan bebankan mak ayah. Mak ayah ni memang akan belikan untuk kita walaupun sebenarnya mereka tidak mampu sebab mereka tidak mahu anak-anak merajuk. Tapi fikirlah susahnya mak ayah cari duit. Belilah ikut kemampuan.”
“Sanggup tak dahulukan diri sendiri demi nak belikan minyak wangi kepada anak padahal minyak wangi itu bukanlah keperluan sangat pun. Sayangilah ibu ayah anda.”
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.1 juta tontonan dan 631,300 butang suka.