Cameron Diaz Tinggalkan Dunia Hiburan Untuk Tebus Kehidupan
Maliah Surip
19/10/2024 14:56 MYT
19/10/2024 14:56 MYT
Cameron Diaz merupakan seorang aktres yang cukup popular sekitar tahun 90-an sehingga 2000.
Diaz mencipta nama lewat filem The Mask, My Best Friend’s Wedding, There’s Something About Mary, Charlie’s Angels dan Shrek.
Meski namanya cukup terkenal dan menjadi rebutan, Diaz mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan pada 2018.
Bercakap mengenai keputusan meninggalkan dunia hiburan lebih sedekad lalu, Diaz mengatakan dia perlu berbuat demikian untuk menjalani hidup normal sekaligus mendapatkan kehidupannya kembali.
“Saya rasa perlu buat (tinggalkan dunia hiburan). Saya mahu tebus semula kehidupan saya.
“Saya mahu hidup yang normal dan tidak peduli apa kesan yang akan terjadi pada keputusan itu,” dedah Diaz seperti dilaporkan Variety.
Bintang yang kini berusia 52 tahun itu menyambung tidak akan menarik keputusannya untuk bersara.
“Saya tidak memerlukan pendapat orang lain atau apa sahaja yang boleh mengubah keputusan saya pada waktu itu.
“Apa yang saya fikirkan waktu itu adalah saya mahu tebus hidup dan menjalani kehidupan yang baik bersama keluarga,” katanya lagi.
Sepanjang meninggalkan dunia hiburan, Diaz memberi fokus terhadap suami, Benji dan dua anak mereka. Dia juga membangunkan jenama sendiri iaitu Avaline.
Diaz mencipta nama lewat filem The Mask, My Best Friend’s Wedding, There’s Something About Mary, Charlie’s Angels dan Shrek.
Meski namanya cukup terkenal dan menjadi rebutan, Diaz mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan pada 2018.
BERITA TRENDING: Cameron Diaz Dah Tak Peduli Soal Penampilan, Makin Malas Cuci Muka - "2 Kali Sebulan Je Guna Produk Kecantikan"
Setelah 11 tahun tidak berlakon, Diaz kembali dengan sebuah naskhah komedi bersama Jamie Foxx, Back In Action yang dijangka tayang di Netflix tahun hadapan.Bercakap mengenai keputusan meninggalkan dunia hiburan lebih sedekad lalu, Diaz mengatakan dia perlu berbuat demikian untuk menjalani hidup normal sekaligus mendapatkan kehidupannya kembali.