Hiburan
“Cantik Sangat Ni!”- Song Hye Kyo Jadi Penghias Muka Depan Ulang Tahun Ke-15 Harper Bazaar Thailand
Pelakon terkenal Korea, Song Hye Kyo tampil sebagai penghias muka hadapan majalah terkenal, Harper Bazaar Thailand.
Lebih istimewa lagi, Hye Kyo dipilih bersempena dengan edisi khas iaitu ulang tahun ke-15 majalah berkenaan.
Menerusi berkongsi beberapa foto editorial yang dimuatkan di dalam majalah April 2020 tersebut, jelas menunjukkan kecantikan Hye Kyo yang tiada tandingan.
Menerusi komen di media sosial, rata-rata peminatnya terpegun dengan wajah Hye Kyo yang dianggap sebagai awet muda.
“Nampak macam patung, memang cantik sungguh Hye Kyo ni,” tulis @nunya
“Our Queen! Berilah apa sahaja busana untuk disarungkan, dia tetap nampak muda,” komen @coco
Di sini Gempak kongsikan foto-foto editorial Hye Kyo untuk tatapan pembaca.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video