,
Laman Utama

Cantiknya Uqasha Senrose Pakai Baju Pengantin! Peminat Wujudkan #RoadToHalal

Fiza Kamarudin
14/02/2021
05:35 MYT
Pelakon jelita Uqasha Senrose membuatkan para peminat dan pengikut di Instagram (IG)nya terpegun apabila memuat naik beberapa foto memakai busana pengantin, semalam.
Di ruangan komen rata-rata pengikut mula berspekulasi hari bahagia pelakon tersebut dengan kekasihnya aktor Kamal Adli semakin hampir.
Malah peminat Uqasha dan Kamal sudah mula mewujudkan tanda pagar #RoadToHalal disamping memuji kecantikan dan keanggunan pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu menyarung koleksi busana perkahwinan terbaru pereka terkenal tanah air, Shanell Harun.
Menyerlahkan lagi kecantikan Uqasha apabila dilengkapkan dengan barangan kemas Habib Jewels bernilai lebih RM4 juta.
Aksesori mewah bertatahkan permata mutiara dan berlian ditempah khas itu merupakan koleksi yang mambawa simbolik cinta, pengharapan dan keabadian.
“Classic, mewah dan malar segar. Saya suka koleksi busana perkahwinan terbaru daripada Shanell Harun ini.
“Koleksi kapsul Gabrielle 2021 ini sangat berbeza sebab ia membawa pengaruh klasik Inggeris. Dan semua orang tahu yang Shanell selalu mementingkan ketelitian, kekemasan dan kesempurnaan dalam setiap rekaannya,” katanya Uqasha kepada Gempak.
Tambah Uqasha lagi dia berbesar hati menjadi individu pertama menyarungkan koleksi mewah daripada pereka fesyen popular tersebut.
“Saya berasa terharu dan teruja menjadi orang pertama menyarungkan koleksi mewah dari Shanell Harun.
“Jujur, saya selesa dengan potongan baju dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya.
“Dan semestinya setiap bakal pengantin mahukan yang terbaik untuk hari bersejarah mereka, begitu juga saya,” katanya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Koleksi Gabrielle pastinya akan memukau peminat fasyen tanah air dengan pemilihan busana resepsi dengan gaya moden bakal menjadi trend perkahwinan 2021.
Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal, dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka.
Bagi melihat lagi koleksi ini dengan lebih dekat, bakal pengantin boleh melayari laman Instagram @shanellharun.
Foto: Nana Azman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#FromKawanToKahwin Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman

gempak
24/11/2024
13:02 MYT
Kakak kepada penyanyi, Dafi iaitu Nina Ismail Sabri Che Puan selamat bernikah dengan pilihan hatianya yang dikenali sebagai  Hafiz Osman dengan sekali lafaz hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Unitar