Program pencarian penyampai baru stesen radio GEGAR Permata Pantai Timur (#GengBaruGegar) sudah melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Jurulatih kecergasan, Amirul Agam, 26, berjaya menewaskan empat peserta lain dan mengungguli gelaran juara bagi pencarian #GengBaruGegar.

Jom kenali @amirulagam yang merupakan penyampai baru @gegar.my ! Nakal sikit karakternya.. Habis semua penyampai lain dia nak sakat lah! Jom kita berkenalan sikit dengan @amirulagam ni okay! Video penuh jom ke Facebook dan Youtube @gegar.my ..

A post shared by GEGAR (@gegar.my) on

Secara officialnya, @amirulagam merupakan penyampai baru @gegar.my ! Kalau korang nak tahu macam mana karakter Agam, serius ke tidak orangnya.. Jom berkenalan dengan @amirulagam malam ni jam 9 di Facebook dan Youtube @gegar.my okay! Bukan main syokkk dia mengata penyampai-penyampai lain dalam video tu.. hehehe

A post shared by GEGAR (@gegar.my) on


Meminati bidang seni, pemilik nama penuh Muhamad Amirul Agam Iryadi ini bakal mengendalikan segmen Ceria Pagi Hujung Minggu GEGAR yang bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu bermula jam 6 sehingga 10 pagi.

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana telah melepasi semua cabaran #GengBaruGegar dan berjaya bergelar penyampai baru untuk stesen radio paling popular di Pantai Timur ini.

“Semenjak dahulu lagi, saya memang meminati bidang seni, lebih-lebih lagi bidang penyampaian radio dan pengacaraan. Saya memang menanam impian untuk menjadi seorang penyampai.

“Namun begitu, semuanya terbatas kerana kekangan kerjaya. Selepas saya sudah bekerja sendiri, saya beranikan diri untuk mencuba nasib. Peluang ini tidak akan saya persiakan dan saya akan melakukan yang terbaik untuk pendengar setia GEGAR,” kata Agam.

Turut dikenali dalam bidang kecergasan tempatan, Agam pernah terlibat dengan beberapa program kesihatan seperti Astro Bella Jom Kurus dan Misi XL Rahim anjuran stesen radio SINAR.

PAGI TADI TOPIK DEKAT GEGAR PAGI HANGAT2 TAHI AYAM . KORANG YG NAK KURUS HANGAT2 TAK? . Setelah seminggu abang tak workout,petang ni kita kasi pulon laa dekat gym. Cuaca cantik untuk bersenam petang2 ni. . #coachagam #amirulagam #gengbarugegar #deejacosmetic #malaysia #personaltrainermalaysia #teamagam

A post shared by Official Amirul Agam ?? (@amirulagam) on

6 SENAMAN YANG KORANG BOLEH BUAT DEKAT GYM (TERUTAMA WANITA) . . Ramai akak-akak pergi gym tapi blurr tak tahu nak buat apa,habis duit bayar je masuk gym tapi tak bermanfaat . . So apa kata akak-akak buat senaman ni,berlagak sikit ambik plate weight yang sesuai dgn kekuatan dan follow rutin dalam video. . Plate front raise - 15x Plank to toe- 20x Around neck- 15x Climbers - 20x High pull- 15x Squat jack- 20x . Repeat 4 rounds . Lepas ni masuk gym dah boleh buat senaman yang berkualiti. . TAG DAN SHARE DENGAN PARTNER WORKOUT KORANG ! . #jomworkout #jomkurus #teamagam #personaltrainermalaysia #homeworkoutvideo #malaysia

A post shared by Official Amirul Agam ?? (@amirulagam) on

15 MINIT CARDIO YANG MEMBAKAR ?? . Dah lama saya tak kongsikan video rutin senama yang mudah . Petang ni saya kongsikan 4 jenis senaman kardio . . Total body workout akan meningkatkam stamina dan membakar kalori hanya 15 minit sahaja. . Burpees - 15 reps Squat - 20reps Climbers - 20reps Crunch- 20reps Repeat 4 rounds . TAG PARTNER WORKOUT KORANG DAN SHARE !! . #coachagam #fitness #teamagam #homeworkout #malaysia #personaltrainermalaysia

A post shared by Official Amirul Agam ?? (@amirulagam) on


“Saya juga akan menggunakan kelebihan serta ilmu yang ada dalam bidang kecergasan untuk diterapkan sebagai kandungan penyampaian saya kelak.

“Selain itu, saya juga mempunyai hasrat dalam menarik perhatian golongan muda untuk menjadi pendengar stesen radio GEGAR menerusi platform kandungan digital,” katanya lagi.

Bertemu dengan Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana, dia menjelaskan Agam merupakan peserta yang mempunyai prestasi baik dalam setiap cabaran.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan #gengbarugegar . . Bimbinglah adik mu ini ke jalan yang benar. ???

A post shared by Official Amirul Agam ?? (@amirulagam) on


“Sejujurnya, Agam bukan peserta kegemaran untuk memenangi #GengBaruGegar. Namun begitu, Agam menunjukkan kesungguhan dalam setiap tugasan yang diberikan.

“Selepas beberapa cabaran, Agam mula menyerlah dan menonjolkan prestasi yang membanggakan. Bermula dengan 289 penyertaan sehingga berakhir dengan lima calon pemenang, Agam akhirnya berjaya merebut gelaran juara.

“Semoga barisan penyampai baru dan lama ini dapat menguatkan lagi stesen radio GEGAR dan saya berharap agar kami dapat menghiburkan serta memberi impak positif terhadap pendengar baru dan lama,” kata Raja Nadia.

Untuk maklumat lanjut mengenai stesen radio GEGAR, layari laman web www.gegar.my atau ikuti laman media sosial GEGAR di Facebook, Twitter dan Instagram.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Agam & GEGAR