Pelakon Bella Astillah memberi respons terhadap Instagram Story yang diulang siar semula susulan perkongsian tangkap layar yang dikongsi oleh Sarah Yasmine semalam.

Menerusi tangkap layar itu, Sarah mendedahkan perbualan yang didakwa terjadi antara Aliff Aziz dan Ruhaines mengenai nasihat yang dikatakan diterima oleh individu bernama Z.



“Z is a nickname for Caprice by the way. He knew about both of their relationships, and yet, dia tolong. Edisi umat? Dia. Editing of videos tentang Bella dan Muaz? Dia. Semua benda datang dari? Dia.

“Dan yang suruh Aliff kata "Saya tak setuju" bila hari mahkamah? Was @capricedaddycap too sebab plan dia dan perempuan tu was apa? Nak aibkan Bella lebih. And Aliff tau, sikit pun saya tidak sokong.

“Wouldn't bring this out, if you didn't bring the call conversation up, two can play the game brother,” tulis Sarah.

Bella kemudian mengulang siar hantaran itu dan menulis: “Lepas tu sekarang Cap dah takut sebab ada nama dia pun terlibat dalam perancangan buat fake account and post aib-aib dengan niat yang salah.

“Cap up balik benda yang dah settled tu semata nak menutup yang dia juga terlibat. Ya Allah. Nak tutup macam mana lagi ni Cap,” tulis Bella.

Terdahulu, kecoh dalam kalangan netizen apabila beberapa tangkap layar perbualan antara individu didakwa sebagai Ruhainies dan Aliff Aziz dikongsi oleh Sarah Yasmine.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”