Laman Utama

Caprice Minta Maaf Pada PDRM

gempak
Izwan Isa
23/12/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Caprice Minta Maaf Pada PDRM
Penyanyi dan selebriti Instagram, Caprice tampil membuat permohonan maaf pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mengeluarkan kenyataan yang kurang enak terhadap seorang anggota badan berkenaan yang didakwa sebagai pesalah bagi kes langgar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Muhammad Zaharif.
Menerusi perkongsiannya, Caprice menjelaskan yang dia tidak mempunyai niat untuk memburukkan PDRM. Ujarnya, apa yang dikongsikan hanyalah dituju pada seorang individu sahaja.

BERITA TRENDING: G-Dragon Bakal Tubuhkan Yayasan Bantu Pemulihan Buat Penagih Dadah

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada PDRM, IPD Dang Wangi yang ambil masa untuk saya dan staff bagi kenyataan. Kami memberikan sepenuh kerjasama. Saya nak minta maaf kalau ade siapa-siapa dari pasukan biru yang terasa dengan apa kenyataan dibuat sebelum ni.
“Ayat-ayat yang digunakan di sosial media adalah khas tuju kepada seorang sahaja dan sebenarnya kita kena sama-sama cari jalan untuk sentiasa jaga, lindung dan menjunjung lencana keramat PDRM,” katanya.
Caprice turut memberitahu yang dia menghormati pendapat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengenai integriti dan kedaulatan undang-undang.
“Saya hormat dan hargai pendapat Tan Sri IGP yang sendiri tekankan kepentingan integriti dan kedaulatan undang-undang.
“Terima kasih di atas kepercayaan dan insya-Allah sama-sama boleh bantu dan bela rakyat Malaysia yang dizalimi,” katanya lagi.
Semalam, Caprice memaklumkan dia diminta hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung tindakanya mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap seorang anggota polis.
Sebelum ini, Caprice ada memuat naik sepotong video berkaitan seorang anggota polis yang memegang jawatan pegawai kanan yang didakwa melanggar pelajar sekolah, Muhammad Zaharif sehingga maut.

BERITA TRENDING: Berjaya Turun 20KG, Khairul Aming Jadi Inspirasi Amalkan Gaya Hidup Sihat! Ini Apa Yang Dia Buat

Terdahulu, mangsa yang baru sahaja berusia 17 tahun maut di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek yang berusia 44 tahun.
Hasil bedah siasat dibuat pihak polis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024