Berita
Tunai Hajat Anak Nak Tengok Konsert K-Pop, Lelaki Didenda Menyamar Jadi Pengawal Peribadi Keluarga Diraja
Seorang warga Singapura didenda S$5,000 (RM17,263) gara-gara menyamar sebagai pengawal peribadi puteri dari sebuah Keluarga Diraja.
Difahamkan, lelaki tersebut berbuat demikian kerana mahu memastikan keselamatan anaknya, selain enggan melihat anaknya beratur sebelum memasuki lokasi konsert iaitu Stadium Nasional Singapura pada Januari lalu.
Memetik laporan CNA, anak perempuan kepada individu tersebut membeli dua tiket bagi konsert kumpulan K-Pop yang diadakan selama dua malam.
Lelaki itu mencari nombor telefon penganjur lalu menghubungi mereka dan memberitahu seorang puteri raya dari sebuah Keluarga Diraja membeli tiket untuk konsert berkenaan.
Menyamar
Advertisement
Bagi menghadiri konsert, lelaki tersebut meminta akses masuk lebih awal bagi memberi perlindungan kepada ‘puteri’. Ketika itu, dia memberitahu yang dia merupakan pengawal peribadi kepada puteri tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: 2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan
ARTIKEL BERKAITAN: THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Logo NCT Dream, Kieda Crepe Didakwa Plagiat Logo Kelab Elephant Army?
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Mahu Wonder Girls Kembali Bersatu, Buat ‘Comeback’ - “Rindu… Semua Pandai Tulis Lagu”
Kemudian, penganjur konsert memberitahu agar anaknya sampai lokasi konsert lebih awal.
Pada hari konsert, lelaki itu dikatakan menyarung sut untuk tampil seperti pengawal peribadi. Lelaki tersebut diberi lanyard beserta dua tiket, selain dibenarkan untuk masuk lebih awal.
Begitupun, anak perempuan serta rakannya tidak diberikan tiket tambahan memandangkan tiket yang dibeli adalah sah.
‘Penipuan’ tersebut berjalan dengan lancar pada konsert malam pertama. Tetapi, pihak penganjur mula berasa ada sesuatu yang tidak kena. Selepas siasatan dijalankan, mereka didapati bukan datang daripada sebuah Keluarga Diraja.
Ketika dibicarakan di mahkamah, lelaki itu mengaku bersalah dan memohon hukuman yang lebih ringan memandangkan tindakannya hanya untuk memastikan keselamatan anak perempuannya. Justeru, dia dikenakan denda S$5,000 (RM17,263).
Sumber: CNA, The Vocket
Must-Watch Video