Terkini
Individu ‘Menyamar’ Jadi Staff & Siap Dedah Jumlah Bonus Diterima, Khairul Aming - “Faham Nak Bergurau, Tapi…”
Nama usahawan dan pencipta kandungan bergenre gastronomi, Khairul Aming sekali lagi meninti di bibir netizen selepas video memberi duit raya dan berbelanja barang dapur untuk para pekerjanya viral di media sosial.
Bukan hanya sekali, sudah berkali-kali kemurahan hati dan keprihatinan Khairul Aming terhadap kebajikan pekerja sering menuai kata-kata positif dalam kalangan wargamaya.@khairulaming Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak ? #KongsiBersama #KongsiSelera #IftarwithKhairulaming ♬ original sound - Khairulaming
Menyamar
Di sebalik respons positif, terdapat seorang pengguna platform X yang ‘mendedahkan’ jumlah duit raya yang diberikan oleh Khairul Aming kepada kakitangannya.
Menerusi hantaran tersebut, individu yang mengaku sebagai pekerja di syarikat Khairul Aming itu mendakwa menerima wang sebanyak RM5,000.
Hantaran berkenaan meraih perhatian Khairul Aming sendiri dan tuan empunya badan bagaimanapun menidakkan pengakuan tersebut.
Bimbang salah faham
“Faham nak bergurau tapi tak boleh tweet fake macam ni sebenarnya. Ramai salah faham nanti harap maklum,” tulis Khairul Aming.
Meninjau ruangan balasan, ramai yang dilihat bersetuju dengan tindakan Khairul Aming itu.
Namun, tidak kurang yang menasihati Khairul Aming supaya tidak mendedahkan kepingan-kepingan duit ketika mahu diberikan kepada kakitangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”
Must-Watch Video