Gaya Hidup
Cecah 3 Juta Tontonan, Trailer Rasmi BoBoiBoy Movie 2 Terima Reaksi Hebat Dari Korea!
Trailer penuh filem terbaru BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) telah pun dilancarkan penghujung bulan lalu dan hingga kini video itu telah pun menerima sebanyak 3 juta tontonan.
Menariknya tentang trailer tersebut, ia bukan hanya ditonton oleh penonton di Malaysia, malah telah mendapat perhatian di luar negara termasuk dari Korea Selatan!
Antara yang mendapat tontonan tertinggi adalah reaksi dari 'YouTubers' dikenali sebagai SG Wannabe.
Video reaksi terbabit telah ditonton sebanyak 46,338 kali selepas dimuat naik pada 4 Julai lalu.
Berdasarkan video berkenaan, keempat-empat mereka dilihat kagum dengan penghasilan serta kualiti ditampilkan dalam trailer BBBM2.
Malah ada diantara mereka yang meremang ketika menyaksikan sedutan babak pertarungan antara BoBoiBoy dan watak jahat terbaru, Retak’ka.
Anda boleh tonton video reaksi berkenaan di bawah.
Pada yang masih belum tahu, BBBM2 akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2019 dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.
Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.
Must-Watch Video