,
Viral

Ceddy Ang Beri Penjelasan Tentang Maksud Bak Kuh Teh - "Perkataan Bak Adalah ..."

Ainun
31/10/2024
05:55 MYT
Pempengaruh, Ceddy Ang menjelaskan maksud sebenar perkataan Bak Kuh Teh kepada netizen yang menyalahanggap sebagai daging khinzir.
Menerusi video yang berdurasi satu minit tersebut, Ceddy menegaskan bahawa perkataan 'bak' itu adalah daging dalam bahasa Hokkien.
“Haritu saya ada terbaca satu komen ni dimana ada seorang kakak ini berkata mana boleh guna Halal Bak Kuh Teh? Bak itu kan babi. Mana boleh halalkan babi gunalah Halal Kuh Teh.

“Yakin je kak tapi sebenarnya salah. Sebab, dalam bahasa Hokkien, perkataan Bak itu sebenarnya adalah daging.

“Ia adalah perkataan yang awam. Jadi, dia boleh jadi banyak perkataan. Contohnya, perkataan Tu Bak iaitu, daging babi, Hu bak adalah ikan, Kei Bak adalah ayam dan Gu Bak adalah lembu.
“Jadi, kalau kita buang perkataan Bak, dia akan jadi Kuh Teh dan perkataan itu bermaksud tulang dan teh,” katanya menerusi video yang dikongsi di Instagram.

Pemilik Restoran

Jelas pempengaruh itu lagi, dia memahami kenapa pemilik restoran cina muslim enggan menggunakan perkataan Bak Kuh Teh itu sendiri kerana takut ia diperbesarkan.
“Kenapa ianya dipanggil sebagai Bak Kuh Teh? Sebab selalunya restoran akan menghidangkan daging dan air teh itu sahaja.

“Saya faham je kenapa pemilik restoran tak nak guna perkataan Bak Kuh Teh sebab takut isu yang macam inilah. Sekarang, anda semua sudah tahu maksud Bak kan?,” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kerana berkongsi ilmu mengenai penggunaan bahasa Hokkien kepada orang ramai.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 115,000 ribu tontonan dan 6,184 butang suka .

BERITA TRENDING: “Tak Paksa Cuma Harap Dia Boleh Handle” - Kazar Tak Pernah Halang Ira Jadi Penyanyi, Siap Ada Effort Belajar Main Gitar

BERITA TRENDING: Ebby Yus Hilang Pendapatan… Akui Rindu Nak Bekerja! - "Kalau Ada Tawaran, Saya Terima"

BERITA TRENDING: Dewi Pulangkan Semula Hadiah Beg Coklat RM12K Dari Jofliam - “Saya Tak Tahu Ini Beg Orang Lain…”

BERITA TRENDING: Yusof Haslam Pesan Suami Perlu Pandai Memujuk, Kongsi Tips Lembutkan Hati Isteri - “Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Sama Juga Tak Guna”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”

gempak
17/11/2024
03:55 MYT
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Terkini

Netizen Kagum Budak Usia Tiga Tahun Sertai Pertandingan Tarian - “Mesti Dari Dalam Kandungan Dah Diajak…”

gempak
16/11/2024
15:55 MYT
Seorang kanak-kanak berjaya menarik perhatian netizen dengan kelincahan gerak tarinya semasa menyertai satu pertandingan tarian.
Hiburan

Kongsi Video Duet Bersama Rezza Shah, Netizen Komen Nyayian Sherry Ibrahim -  “Lebih Kurang Je Yang Viral Tu. Sekian. Jujur”

gempak
16/11/2024
09:55 MYT
Video nyanyian pelakon, Sherry Ibrahim bersama penyanyi, Rezza Shah di yang dikongsikan di Instagram berjaya meraih perhatian ramai.
Unitar