Berita
"Celah Mana Aku Campur?" - Syatilla Melvin Nafi Campur Tangan Rumah Tangga Aliff Aziz
Pelakon Syatilla Melvin berkongsi sebuah video yang menyebut nama Aliff Aziz berkaitan isu kecurangan terbarunya yang sedang hangat diperkatakan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Dalam bentuk gurauan, Syatilla mengatakan Aliff Aziz telah membuktikan bahawa satu kekasih sahaja tidak cukup.
"Satu kekasih cukup ke? Memang tak lah.
"Sebab apa? Sebab Aliff Aziz dah membuktikan satu kekasih memang tak cukup," katanya dalam video terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza, ada yang terhibur melihat gelagat Syatilla, ada juga yang mengecam video tersebut.
"Tak payah masuk campur hal rumah tangga orang sis, jaga keluarga sendiri saja sudah," tulis seorang netizen.
Tidak berdiam diri, Syatilla membalas komen tersebut.
"Celah mana aku campur?" balasnya.
Namun begitu, ramai juga netizen yang meninggalkan respon positif dan menganggap Syatilla hanya bergurau sahaja.
Aliff Aziz sekali lagi terpalit dengan kontroversi kecurangan apabila foto tidak berbaju dirinya bersama seorang gadis tular di media sosial semalam.
Must-Watch Video