,
Berita

CEO GISB, Isteri, Anak 'Abuya' & 19 Individu Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

Gempak
23/10/2024
03:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi dan 19 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Rabu atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.

BERITA TRENDING: GISBH Tidak Pernah Bayar Zakat - LZS

Nasiruddin dan Azura yang memakai jubah sementara Mohammad Adib berbaju T hitam, bersama 19 tertuduh lain, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Lailatul Zuraida Harron @ Harun.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang di sini pada Oktober 2020 hingga 11 September lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes.

BERITA TRENDING: Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

Sebahagian daripada 22 individu yang akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Sebahagian daripada 22 individu yang akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Pada 10 Oktober lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin memaklumkan pemimpin tertinggi GISBH itu antara 58 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Selain itu, sebanyak 35 individu masih dalam tahanan reman, 273 orang dijamin, 37 individu dibebaskan tanpa syarat, dua orang diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang lagi kepada Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

BERITA TRENDING: Helaian Janggut Dalam Bekas Khas Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISB

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

BERITA TRENDING: GISB: Buku Al-Arqam, Jadual Zikir Aurad Muhammadiyah Cuba Ditanam & Dibakar, Dirampas

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isteri Azlan Komeng Kini Jual Sos Buatan Sendiri Bantu Tampung Keluarga - "Apa Sahaja Kerja Datangkan Duit Saya Akan Buat"

gempak
23/10/2024
05:55 MYT
Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz kini sibuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatannya sendiri bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak sehingga hari ini.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
BorakSeeni