Astro Malaysia Holdings Bhd Group hari ini mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Rohana Rozhan.
Ia akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, namun beliau akan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah.
Jawatan beliau akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan, yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dengan pengendali stesen berbayar itu.
"Datuk Rohana merupakan pemimpin yang memberi inspirasi kepada semua di Astro dengan mengetuai kumpulan mencatat pencapaian bermakna dalam industri media di Malaysia.
"Kami akur dan menghormati keputusan beliau untuk melepaskan jawatan CEO Kumpulan dan mengucapkan selamat maju jaya," kata Pengerusi Astro Tun Zaki Azmi dalam satu kenyataan.
Rohana disifatkan sebagai perancang utama strategi pertumbuhan Astro termasuk membolehkan stesen itu menerajui segmen kandungan di Malaysia serta menyaksikan Astro muncul sebagai syarikat pengguna dengan kedudukannya yang semakin berkembang di ASEAN.
Malah, di bawah pentadbiran beliau, jumlah pelanggan Astro meningkat daripada 2.0 juta kepada 5.5 juta orang manakala perolehan pula berkembang RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2018.
Astro juga yakin Tan akan terus memperkasakan serta mengemudi Astro bagi kemajuan masa depan, kata kenyataan itu.
Sumber: BERNAMA
Diolah oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Jun 07 2018


Tekak Sakit, Ziana Zain Tetap Beri Persembahan Terbaik Untuk 600 Peminat Atas Kapal Cruise
Tetap power!
.png?ext=.png)
Bunga Citra Lestari Menitiskan Air Mata Kenang Ashraf Sinclair Di Atas Pentas - "Kembali Ke Malaysia Bukan Mudah Tapi Selalu Dirindukan"
Bunga Citra Lestari Sebak Kenang Ashraf Sinclair

Rage-Jean Page Diumum Sebagai Lelaki Wajah Paling Sempurna Di Dunia
Handsome!

“Raden Seri Riyanna Sayang, Cantik Dan Unik”- Ramai Puji Nama Anak Ketiga Mawar Rashid
Assalamualaikum Raden Seri Riyanna Sayang...

Tak Sedia Pindah KL, Ryan Bakery Tenang Kerja Dari Kampung
Ryan antara influencer yang ramai orang suka.

“Tak Pernah Pijak Atau Tendang Perut Bella” - Siti Bainun
Lanjutan daripada kes adik Bella.
![[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga [VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-hadirnya-orang-ketiga-atas-kebahagiaan-saya-chot-bernikah-dengan-kakak-penyanyi-bekas-isteri-dedah-status-rumah-tangga.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Hadirnya Orang Ketiga Atas Kebahagiaan Saya"- Chot Bernikah Dengan Kakak Penyanyi, Bekas Isteri Dedah Status Rumah Tangga
Bekas isteri Chot dedah status umah tangga.

“Memang Handsome Sejak Azali…” - Netizen Tergamam Lihat Foto Hael Husaini Ketika Usia Kecil
Comel!
![[Video] “Open, Open, Oh? Papa! - Comel Reaksi Anak Norman Hakim, Menjerit Terkejut Bila Maskot Zirafah Dibuka [Video] “Open, Open, Oh? Papa! - Comel Reaksi Anak Norman Hakim, Menjerit Terkejut Bila Maskot Zirafah Dibuka](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-open-open-oh-papa-comel-reaksi-anak-norman-hakim-menjerit-terkejut-bila-maskot-zirafah-dibuka.jpg?ext=.jpg)
[Video] “Open, Open, Oh? Papa!" - Comel Reaksi Anak Norman Hakim, Menjerit Terkejut Bila Maskot Zirafah Dibuka
Lucu bila anak-anak jerit panggil papa dia haha.

“Stop Sekejap Kerja, Pergi Kejar Anak Bini…” - Netizen Doa Syamsul Yusof Terbuka Hati Pergi Umrah
Sama-sama doakan