Minggu ke-5 ‘Ceria Megastar ‘yang disiarkan secara serentak di Astro Ceria dan Astro Ria pada Sabtu lalu menyaksikan vokalis cilik, Nana (14 tahun), memenangi anugerah pilihan juri ‘Star of the Week’ untuk tiga kali berturut-turut!

Anak kelahiran Melaka itu punyai bakat luar biasa apabila berjaya membuat persembahan dalam bahasa Tagalog, menyanyikan lagu ‘Pangako Sa ‘Yo’!



Ternyata norma baharu di mana kesemua peserta membuat persembahan di rumah tidak menjadi halangan bagi mereka untuk lakukan yang terbaik!

Membuat kelainan bagi minggu kelima ini, peserta Ceria Megastar – Amira, Kowachee, Yaashwin, Adinda, Nana, Ija, dan Haiqal diberi cabaran di mana tema persembahan mereka dipilih oleh netizen!

Seperti minggu sebelum ini, peserta membuat persembahan melalui panggilan dalam talian secara langsung, manakala para juri tetap (Ernie Zakri dan Zizan Razak) bersama juri jemputan, Ayda Jebat, menilai persembahan mereka di studio!

Hos, Nabil Ahmad dan penasihat persembahan (Datuk Syafinaz, Alam Wakaka dan Chubb-E) di studio juga berinteraksi dengan peserta melalui panggilan dalam talian.

Namun, setiap pertandingan akan ada yang kalah dan menang. Bagi minggu ini, Amira, pemain dram professional telahpun tersingkir, dan malangnya perjuangan bagi juara Ceria All Stars musim pertama itu terhenti di sini sahaja.



Saksikan ‘Ceria Megastar’ setiap Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Siaran secara serentak juga akan dipancarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).