Laman Utama
Ceria PopStar Xtra Rasmi Melabuhkan Tirai, Jom Recap Persembahan Finalis Akhir & Komen Juri
Konsert akhir Ceria PopStra Xtra telah melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan Dinda Dania dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM20,000 berserta trofi.
Konsert yang berlangsung di Studio Three, Seri Kembangan itu telah menampilkan empat finalis yang memberikan persembahan hebat dan memukau dengan membawakan dua tugasan lagu untuk setiap seorang.
Pentas akhir berkenaan turut menyaksikan Dinda menerima Anugerah Bintang dan mebawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.
Sementara itu, peserta tunggal lelaki, Iqmal telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Manakala, Damia telah diangkat menjadi pemenang tempat ketiga dan Amani di tempat ke empat dengan masing-masing membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM5,000 dan Rm3,000 setiap seorang beserta trofi.
Malam akhir konsert Ceria Popstar Xtra telah dihoskan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Elly Mazlien.
Sementara itu, aktres popular Mira Filzah ditugaskan sebagai juri jemputan selain ditemani oleh barisan juri tetap iaitu Mas Idayu, Johan Raja Lawak dan Haqiem Rusli.
Menariknya lagi, malam akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istemewa daripada dua penyanyi hebat tanah air, Ziana Zain dan Misha Omar yang membawakan medley lagu hits mereka berjudul Madah Berhelah dan Bunga-Bunga Cinta.
Mungkin ada yang terlupa pada persembahan barisan finalis pada malam tadi, berikut merupakan senarai persembahan dan komen-komen barisan juri:
Pusingan 1
Amani – Paku (Ara Johari)
“Dalam banyak-banyak persembahan Amani, ini yang paling best. Pesan abang awak perlu teruskan menyanyi,”- Johan Raja Lawak.
Iqmal – Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti (Anneth)
“Saya gembira melihat persembahan awak malam ini, bila awak nyanyi sampai ke hati saya,”- Mas Idayu.
Dinda – Gundah (Ernie Zakri)
“Nyanyian awak malam ini sangat baik, sepanjang awak menyanyi saya dapat nikmati,”- Haqiem Rusli.
Damia – Canggung (Wany Hasrita)
“Bukan senang nak bawakan lagu berentak etnik kreatif, awak berjaya bawakannya dengan baik, tahniah saya ucapkan,”- Mira Filzah.
Pusingan 2
Amani – Pudar (Indah)
“Menang atau kalah saya percaya awak boleh berjaya di luar sana, gunakan bakat yang ada untuk terus hiburkan orang,”- Mira Filzah.
Iqmal – Malam Ini Kita Punya (Bunkface)
“Saya boleh bagi markah penuh untuk awak Iqmal,”- Haqiem Rusli.
Dinda – Pelesit Kota (Search)
“Saya bagi awak standing ovation sebab awak layak menjadi juara malam ni,”- Mira Filzah.
Damia – Sumpah (Aina Abdul)
“Saya puas tengok persembahan awak, apa yang awak bagi hari ini tidak terlalu berlebihan dan tidak kurang, lengkap semuanya,” Mas Idayu.
Must-Watch Video