Hiburan

“Saya Tak Liar..Pergi Club, Buat Benda Terlarang...” - Sherry Ibrahim Kenang Semula Kehidupan Sebagai Pramugari

gempak
Umirah Halim
23/10/2024
01:29 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Liar..Pergi Club, Buat Benda Terlarang...” - Sherry Ibrahim Kenang Semula Kehidupan Sebagai Pramugari

Pelakon Sherry Ibrahim tampil berkongsi momen sewaktu dirinya bekerja sebagai pramugari.

Throwback semula

Menerusi satu siaran langsung di TikToknya baru-baru ini, Sherry atau nama lengkapnya Syarizad Ibrahim, berkata dia gemar akan kehidupannya sebelum bergelar selebriti kerana bebas untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa menuai perhatian orang.

“Saya suka kehidupan saya sebagai cabin crew (pramugari). Saya boleh buat apa yang saya mahu,” ujarnya.

Menerusi siaran langsung itu juga aktres berusia 41 tahun itu mendedahkan dia tidak pernah berkelakuan liar sewaktu bertugas sebagai pramugari.

Malah, dia lebih selesa untuk menghabiskan masa di bilik hotel.

“Tapi saya sejenis yang tak liar, saya tak pergi club, saya tak buat benda terlarang.

“Saya memang jenis yang innocent, kalau terbang duduk dalam hotel.

“Kalau seminggu duduk dekat Paris, saya pergi shopping balik bilik tidur, tengok TV, makan sama-sama dalam bilik dengan kru kalau bawa bekal. Saya ada kehidupan itu dulu,” tambahnya lagi.

BERITA TRENDING: Sherry Ibrahim Suka Lelaki Bergigi Cantik & Wangi, Netizen Pula Berlumba-Lumba Nak Carikan Jodo

​BERITA TRENDING: “Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasi

​BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Sekadar info, pelakon, model dan bekas pramugari ini pernah berkhidmat bersama MAS Airlines dan Qatar Airways dan mula terbabit dalam dunia seni sekitar 2006.

Namun, baru-baru ini Sherry tampil mendedahkan kerjaya baharu yang diceburi iaitu sebagai perancang takaful.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024