Laman Utama

Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Daripada Kerja Pemotongan Rumput, Apa Perlu Anda Buat?

Izwan Isa
12/09/2023
13:50 MYT
Anda sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah selepas seharian bekerja. Namun, ketika sedang cermat memandu, tiba-tiba ada seketul batu terpelanting mengenai tepat pada cermin hadapan.
Rupanya, batu tersebut datang daripada tugas memotong rumput oleh sekumpulan pemotong rumput di tepi jalan.
Seperti mimpi ngeri, cermin kereta anda yang terkena hentakan batu berkenaan retak seribu lalu pecah berderai. Apa yang perlu dibuat? Jangan panik, ikuti cara ini:
Berhenti di bahu jalan, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja mesin rumput tersebut. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja yang mengelolakan kerja memotong rumput itu.
Tahukah anda, setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Hal ini disebabkan pihak berkuasa tempatan mewajibkan mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender mesin rumput harus mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat perlulah mengemukakan ‘Cover Note’ insurans mereka kepad pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.
Setelah dapat nama syarikat tersebut, semak dengan pihak syarikat di manakah bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam. Setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat berkenaan untuk mendapatkan ganti cermin baharu.
Laporan polis tersebut perlu dinyatakan nama pemotong rumput (jika ada kad pengenalan lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, serta nama jalan dan juga kawasan di mana kemalangan cermin kereta tersebut berlaku.
Sumber: Mohd Aminudin menerusi platform X @zafranmustafa
BACA: Cara Mudah Nak Tanggalkan Road Tax Daripada Cermin Kereta​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Tinggal Suami Selepas Kemalangan, Abang Ipar Hilang Sabar Dedah Perangai Sebenar - “Insurans Kemalangan Dia Nak Kebas Semua…”

gempak
26/01/2024
05:00 MYT
Tular video di aplikasi TikTok selepas pemilik akaun bernama ‘Abeembeel’ berkongsi kisah menyayat hati adiknya yang ditimpa kemalangan dan ditinggalkan oleh isteri yang berperangai materialistik.
Laman Utama

Boleh Atau Tidak Untuk Claim Insurans Kalau Kereta Kita Hilang Di Carwash?

gempak
14/07/2023
06:50 MYT
Boleh ke tak?
Laman Utama

Gelabah Tak Tahu Nak Handle Kucing Dalam Kereta Masa Balik Kampung Nanti, Ikut 3 Langkah Mudah Ni!

gempak
27/04/2022
14:39 MYT
Jangan panik kalau tak tahu nak handle kucing dalam kereta.
Laman Utama

Supermodel Heidi Klum Insurans Kaki RM8 Juta

gempak
21/01/2022
14:35 MYT
Itu baru kaki
Laman Utama

#OhAbeNik: Sayangi Si Bulus Korang! Serendah RM299 Setahun, Jom Daftar Dengan Oyen Pet Insurance & Claim Hingga ...

gempak
15/01/2022
14:36 MYT
Si bulus pun perlukan insurans...