Laman Utama

Channing Tatum Takut Jadi Duda, Kekok Urus Anak Gadis: "Saya Tidak Pakai Pewarna Kuku"

gempak
Maliah Surip
07/04/2021
15:25 MYT
Sponsor Banner
Channing Tatum Takut Jadi Duda, Kekok Urus Anak Gadis: "Saya Tidak Pakai Pewarna Kuku"
Bintang Hollywood, Channing Tatum berkongsi detik awal perasaannya selepas mengambil keputusan bercerai dengan Jenna Dewan selepas hampir 10 tahun berkahwin.
Lantaran telah hidup lama sebagai suami isteri dan kemudian memutuskan untuk membawa haluan masing masing pada April 2018, Tatum yang dikurniakan seorang anak perempuan, Everlym menjadi takut kepada diri sendiri.
Selain perlu menguruskan dirinya sendiri sebagai 'orang bujang' atau duda, dia tidak tahu bagaimana penerimaan anak perempuan selain kekok untuk 'mengembara' bersama dalam dunia gadis tersebut.
"Sebenarnya, saya tidak mahu para bapa atau 'orang bujang' seperti saya takut untuk menguruskan anak perempuan sekali gus masuk ke dunia mereka.
"Tapi sewaktu pertama kali menjadi duda, saya sangat takut untuk mempunyai ikatan dan tidak tahu apa yang anak gadis saya mahukan," kenang Tatum dalam temubual bersama majalah Parents awal minggu ini seperti dilaporkan People.
Menurut bintang berusia 40 tahun itu perspektifnya berubah selepas menjadi duda dan mula menguruskan anaknya yang kini berusia 7 tahun.
"Saya tidak pakai pewarna kuku, tidak juga pandai mengikat rambut. Tapi itu dulu. Sekarang saya boleh melakukan kedua duanya! Saya juga memakai kostum yang disukainya, dari Sparkella dan lainnya.
"Saya telah terjun ke dunia yang penuh magis dan menyedari telah dikurniakan sebuah pengalaman dan kasih sayang yang tidak akan pernah terjadi," luah Tatum penuh bahagia.
Bintang filem Dear John itu mengenang semula perjalanan awalnya sebagai seorang duda satu anak sebelum buku kanak kanak terbaharunya, The One and Only Sparkella dirilis sekitar bulan hadapan.
Kredit Foto: Shutterstock
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024