Che Puan Juliana Evans Dorong Tengku Kamaliah Jadi Anak Seni - "Saya Tiada Masalah Kalau ..."
Ernalisa
06/11/2024 13:55 MYT
06/11/2024 13:55 MYT
Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans tiada halangan sekiranya puteri sulung kesayangannya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah ingin terlibat dalam dunia seni.
BERITA BERKAITAN: Angkut Karavan Ke Lokasi Penggambaran, Juliana Evans Pilih Untuk Ada Ruang Rehat Sendiri - "Saya Tenang Untuk Menghafal Skrip"
BERITA BERKAITAN: Angkut Karavan Ke Lokasi Penggambaran, Juliana Evans Pilih Untuk Ada Ruang Rehat Sendiri - "Saya Tenang Untuk Menghafal Skrip"
BERITA BERKAITAN: Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini!
BERITA BERKAITAN: Chris Evans Mengaku Sudah Kahwin, Kongsi Pengalaman Hidup Baru
Malah perkara itu turut mendapat sokongan suaminya, Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj.
"Saya dah mula nampak pada karakter sulung anak saya. Darah seni itu ada pada dia.
"Sebab saya lihat kalau ada sesuatu persembahan di sekolahnya dia tanpa segan silu kehadapan lakukan sesuatu. Jadi daripada situ saya sudah mula nampak.
"Cumanya biarlah saya dan suami carikan sekolah atau tempat sesuai berkaitan seni untuknya. Biar dia belajar sesuatu perkara yang diminati itu dengan betul.
"Saya dan suami memang tiada halangan kalau anak kami cenderung ke arah itu," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Juliana memberitahu, sejak terlibat dalam pengambaran filem Bisikan Dosa, dia begitu menitik beratkan persekitaran selepas di set.
"Maksud saya di sini, adakala kita perlu balik pagi. Jadi bila sampai rumah saya kena pastikan saya cuci kaki dahulu kemudian macam biasa kena bersihkan badan.
"Sebab sayakan ibu ada anak yang masih kecil, so semua itu saya kena jaga dan ambil berat.
"Tapi Alhamdulillah setakat hari ini semua baik-baik sahaja," katanya.
Juliana Evans mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017. Tengku Shariffuddin merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor