Laman Utama

Chris Evans Mengaku Sudah Kahwin, Kongsi Pengalaman Hidup Baru

gempak
Maliah Surip
17/10/2023
14:42 MYT
Sponsor Banner
Chris Evans Mengaku Sudah Kahwin, Kongsi Pengalaman Hidup Baru
Aktor Chris Evans buat pertama kali mengaku dirinya sudah bergelar suami selepas sebulan berita dan foto perkahwinannya dengan Alba Baptista tersebar.
Evans mengesahkan berita perkahwinan dengan Baptista sewaktu muncul di acara New York Comic Con pada hujung minggu lalu.
Bintang yang sohor kini dengan gelaran Captain America itu juga menyifatkan kehidupan selepas berkahwin sangat indah.
“Saya telah berkahwin! Ia sangat sangat indah,” katanya seperti dilaporkan Hello.
Tidak hanya itu, Evans juga mendedahkan telah meraikan perkahwinan mereka dengan mengadakan majlis di dua lokasi.
“Satu majlis diadakan di East Coast di Massachusetts sementara sebuah lagi di tempat keluarga isteri menetap, Portugal.
“Majlis kami sangat indah dan hebat,” katanya teruja.
Evans, 42, juga mengatakan buat masa ini dia dan Baptista mahu menikmati kehidupan sebagai suami isteri dengan berehat.
“Selepas membuat banyak persediaan (majlis kahwin), kini masanya untuk kami berehat dan menikmati kehidupan sebagai pasangan suami isteri,” ujarnya.
Pasangan ini bertemu pada 2021 sebelum mula serius setahun kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live