gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bawa Watak ‘Wanita’, PU Syed Beri Teguran Pada Syafie Naswip - “Walaupun Lakonan, Ia Tetap Haram & Berdosa”
HOLLYWOOD
Bintang The Cosby Show M*ti Lemas Ketika Bercuti
BERITA
Sister Hong ‘Dicekup' Selepas Perdaya Ratusan Pelanggan Lelaki
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Che Puan Khaleeda Dedah TMJ Tidak Pernah Menemaninya Ketika Melahirkan Ketiga-Tiga Anaknya Kerana...

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
06/08/2019
06:34 MYT
Sponsor Banner
Che Puan Khaleeda Dedah TMJ Tidak Pernah Menemaninya Ketika Melahirkan Ketiga-Tiga Anaknya Kerana...
Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam mendedahkan suaminya tidak pernah ada bersama ketika dia bertarung melahirkan ketiga-tiga anaknya.
Menurut Che Puan Khaleeda, beliau sendiri tidak mahu TMJ ada bersamanya di dalam dewan bersalin kerana suaminya akan gemuruh bila melihat darah yang banyak.
Katanya lagi, dia sangat mementingkan suasana yang tenang ketika proses bersalin.
Namun, Che Puan Khaleeda mendedahkan TMJ merupakan seorang suami yang sangat baik, penyayang dan memahami.
“Saya yang tak nak dia (TMJ) ada dalam bilik bersama semasa saya melahirkan anak-anak saya.
“Dia akan berasa sangat gemuruh dan tidak tenang apabila melihat darah yang banyak ketika proses bersalin.
“Saya sangat particular dengan ‘calm energy’ yang ada bersama saya ketika proses melahirkan anak-anak saya.
“Tapi saya boleh kata TMJ seorang suami yang sangat ‘supportive’, penyayang dan memahami,” katanya.
Che Puan berkongsi perkara tersebut selepas menjawab soalan pengikutnya yang bertanya ketika sesi soal jawab di Instagram Story (IGs)
Menerusi sesi tersebut Che Puan menjawab banyak soalan dari pengikutnya mengenai proses kehamilannya serta berpantang
Che Puan baharu sahaja melahirkan seorang putera pada 17 Julai lalu.
TMJ selamat diijab kabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene di sini pada 24 Oktober 2014.
Pada 25 Jun 2016, pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang puteri sulung yang diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.
Setahun kemudian, pasangan diraja itu dikurniakan seorang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017
Topic Berkaitan
#Anak
#Bersalin
#Hamil
#TMJ
#Hamil
#Che Puan Khaleeda
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement