The Chosen One Kembali! 16 Peserta Cilik Terbaik Seluruh Malaysia Bakal Berentap Rebut Gelaran Juara
Ainun
04/09/2024 05:08 MYT
04/09/2024 05:08 MYT
Menggegarkan industri nyanyian sehingga menjadi program realiti baharu nombor satu di Malaysia pada tahun 2023 pada musim pertamanya, Astro kini kembali memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini, setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut akan bersiaran secara serentak di Astro Ria (saluran104).
Kejayaan musim pertamanya telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di televisyen.
Amir Sisi, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak, telah dinobatkan juara musim lepas dan menjadi tular dengan lebih 235 juta tontonan di TikTok.
Vokal hebatnya mendapat pujian termasuk daripada Timbalan Menteri Pendidikan di Parlimen Malaysia. Kini, Amir adalah bakat eksklusif Rocketfuel dan telah melancarkan single pertamanya berjudul 'Ayah Ibu'.

Sambutan Ramai
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata sambutan pada musim pertama mendapat sambutan ramai dan mereka bakal kembalikan sekali lagi program ini di kaca televisyen.
Melanjutkan bicara, beliau turut berkata kejayaan juara musim pertama, Amir Sisi membuktikan latar belakang keluarga tidaklah menjadi batu penghalangnya untuk mengejar cita-cita dia.
Melanjutkan bicara, beliau turut berkata kejayaan juara musim pertama, Amir Sisi membuktikan latar belakang keluarga tidaklah menjadi batu penghalangnya untuk mengejar cita-cita dia.
“Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada musim pertama, kami kini kembali dengan musim kedua yang lebih berprestij, hebat dan kompetitif daripada sebelumnya. Kami sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian. Lantas, kami cipta pentas ini untuk mereka bersinar.
“Juara musim pertama, Amir Sisi membuktikan bahawa mempunyai latar belakang yang berbeza tidak boleh menghalang sesiapa pun daripada mencapai impian mereka untuk bersinar di atas pentas, dan kami berharap mesej ini dapat disampaikan kepada seluruh Malaysia melalui program nyanyian ini, tidak kira muda ataupun tua”, katanya ketika sidang media ‘The Chosen One’ musim kedua pada Selasa di Colony Star Boulevard KLCC, Kuala Lumpur.
Lahir Pelapis Industri Baharu
Dalam pada itu, Putri Yasmin berharap program ini mampu melahirkan bakat baharu para peserta dan mampu membawa kerjaya mereka sehingga ke peringat antarabangsa.
“Kami berharap para penonton terpukau dengan persembahan mereka bersama dengan selebriti-selebriti popular ini. Bukan mudah untuk melihat gabungan antara mereka, dan kami percaya peserta-peserta ini akan terus cemerlang dalam industri ini dengan bimbingan selebriti-selebriti atau pun coach masing-masing.

“Akhir kata, kami berharap musim terbaharu ini akan sekali lagi memperkenalkan bakat generasi baharu yang mampu menawan hiburan Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa”, katanya.
Sejajar dengan matlamat Astro, program ini bertujuan untuk memperkenalkan bakat-bakat generasi baharu yang mampu melonjakkan industri hiburan Malaysia. Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan kanak-kanak yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
Peserta Dari Seluruh Malaysia
Seramai 16 peserta berumur daripada 11 tahun hingga 17 tahun dari seluruh Malaysia dipilih daripada uji bakat untuk berentap dalam ‘The Chosen One 2024’, termasuk juara pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, bakat yang pernah tular di media sosial, serta wajah-wajah baharu yang tidak mempunyai pengalaman bertanding dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
Lapan daripada mereka yang berjaya menarik perhatian para coach selebriti ini akan dipilih sebagai pasangan dengan selebriti tersebut. Kelapan-lapan duo ini akan bersaing di pentas utama program untuk merebut gelaran sebagai juara.
Juri Tetap dan Coaches Hebat
Musim kedua ini mengekalkan figura legenda rock Malaysia, Dato’ Awie sebagai juri tetap, bersama dengan penyanyi bersuara ‘emas’ yang telah menggenggam banyak anugerah, Jaclyn Victor. Setiap episod turut diterajui oleh gandingan hos baharu, pelawak dan pelakon popular, Jihan Muse sebagai pengacara program, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni.
Program ini turut membariskan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia sebagai coach dan pasangan setiap peserta termasuk Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat.
BERITA TRENDING: Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”
BERITA TRENDING: Ibu Sheahnee Iman Lee Diganggu Sekumpulan Remaja Biadab Dalam KOC Wanita KTM - “Tegurannya Itu Telah Dibalas Dengan Kata Ugutan…”
BERITA TRENDING: Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"
BERITA TRENDING: “Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan
‘The Chosen One 2024’ kedua turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
#Jihan Muse
#Tomok
#Astro
#Adira
#Sufian Suhaimi
#Amir Jahari
#Haziq
#Aepul Roza
#Program
#Suki Low
#Firdaus Rahmat
#Ria
#ceria
#Hussni
#The Chosen One 2024
#Fahimi Rahman