,
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

Gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Affan, 24 adalah komposer lagu MADANI Jiwa Merdeka iaitu lagu rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
Lagu berkenaan adalah garapan Pengarah Muzik Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail dan dinyanyikan oleh penyanyi, Amir Masdi.
Affan ketika ditemui selepas istiadat berkenaan berkata, beliau bersyukur dan terharu kerana terpilih menjadi penerima anugerah berkenaan.
"Agak terkejut pada awalnya berikutan calon lain lebih berkelayakan dan profesional, bagaimanapun, Alhamdulillah ini rezeki saya.
"Ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk keluarga serta orang sekeliling yang banyak menyokong saya selama ini," kata graduan Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi itu.

BERITA TRENDING: "Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

Anak bongsu dari lima beradik itu menjelaskan, lagu tema hari kebangsaan MADANI Jiwa Merdeka itu disiapkan kira-kira sebulan termasuk rakaman.
Katanya, beliau berbesar hati dan menghargai peluang yang diberikan.
Beliau berkata, cabaran terbesar ketika bergelar mahasiswa adalah kekangan masa berikutan beliau banyak mengambil kerja luar.
Bagaimanapun, katanya, doa ibu bapa serta sokongan daripada pensyarah banyak membantu beliau seimbangkan antara akademik dan kerja luar.
Mengulas lanjut, Affan berkata, pelajar jurusan muzik digalakkan untuk terus masuk ke industri sekiranya ada peluang dan beliau sendiri tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu dengan maestro muzik tanah air.
"Idola saya ramai tetapi jika dalam bidang komposisi sudah pasti maestro hebat seperti Aubrey Suwito, Datuk Ramli MS dan Datuk Mokhzani Ismail. Mereka ini pembakar semangat saya.
"Seperti Datuk Mokhzani sendiri, beliau banyak membimbing dan berkongsi ilmu serta pengalaman beliau sebagai pengarah muzik. Beliau banyak membimbing saya dari dalam orkestra," katanya.
Affan turut menjalinkan kerjasama dengan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul menerusi album Imaji dan menerbitkan tujuh lagu dari album berkenaan.

BERITA TRENDING: Amin & Abid Ukir Wajah Tunku Abdul Rahman Di Kek Merdeka, Berkolaborasi Dengan Che Sayang! - "Sebenarnya Kami Takut ..."

BERITA TRENDING: Baiknya Semua Anak Murid Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Ni! Memang Behave Masa Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

BERITA TRENDING: Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Terus Terjemah Aspirasi Malaysia MADANI

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Viral

"Tak Tahu Kaki Patah, Saya Tengok Perarakan Sampai Tamat"

gempak
03/09/2024
10:42 MYT
Beberapa jam sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2024, seorang wanita tidak menyangka mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat terjatuh.
Drama

Baiknya Semua Anak Murid Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Ni! Memang Behave Masa Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67

gempak
31/08/2024
15:06 MYT
Pelakon drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi juga turut sama memeriahkan perarakan yang berlangsung pada Sabtu di Dataran Putrajaya.
Viral

Terhibur Lihat Gelagat Menari Sambil Beri Isyarat Penerbangan, Netizen Gigih Cari Abang Shuffle - "Paling Rare! Tolong Reveal Bro Ni Siapa Boleh Tak?"

gempak
31/08/2024
13:25 MYT
Lelaki ini yang secara tiba-tiba menjadi tular kerana gelagat spontannya ketika menari telah disiarkan secara langsung pagi tadi.