,
Viral

Ibu Sheahnee Iman Lee Diganggu Sekumpulan Remaja Biadab Dalam KOC Wanita KTM - “Tegurannya Itu Telah Dibalas Dengan Kata Ugutan…”

Asyikin Mayudin
04/09/2024
01:55 MYT
Bekas personaliti televisyen, Sheahnee Iman Lee meluahkan rasa kecewa apabila ibunya telah diganggu dengan perlakuan biadab sekumpulan remaja lelaki ketika sedang berada di dalam koc wanita Keretapi Tanah Melayu (KTM), baru-baru ini.

Teguran dibalas dengan biadab

Menurut Sheahnee, ketika kejadian, ibunya yang berusia 72 tahun yang sudah terbiasa menggunakan perkhidmatan kenderaan awam itu sedang dalam perjalanan dari Klang menuju ke ibu negara.

"Ketika memasuki ruang koc wanita tersebut, ibu saya melihat ada sekumpulan remaja lelaki berada di dalamnya meskipun terdapat beberapa wanita lain di situ.

“Sebagai seorang bekas guru, ibu saya menegur remaja-remaja lelaki berkenaan bahawa itu merupakan koc wanita. Bagaimanapun teguran ibu saya itu telah dibalas dengan kata-kata ugutan secara biadab.

BERITA TRENDING: Penangan Pelakon Kapla: High Council Muncul Sertai Perarakan Hari Kebangsaan, Penonton Terus Jerit 'Kapla! Kapla!'

BERITA TRENDING: Remaja Merajuk Lari Masuk Hutan Ditemui Selamat

“Mereka menyebut 'Kami orang Malaysia, ini negara kami' sambil memanggil beberapa rakan mereka yang lain dan merakam ibu saya.
“Perbuatan itu kemudiannya menyebabkan ibu serta beberapa wanita lain yang berada di ruang koc itu berasa bimbang," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Lama menetap di Malaysia

Selain itu, Sheahnee turut memberitahu biarpun ibunya seorang wanita berasal dari Australia, namun dia telah lama menetap di negara ini.

"Ibu saya mungkin seorang wanita berkulit putih, tetapi pada kebanyakan perkara, dia lebih 'orang Malaysia' berbanding kita semua.

"Mungkin perkara ini adalah kecil bagi anda, tetapi bagi saya, apabila kita membesarkan anak yang tidak pandai menghormati orang tua, wanita dan tak boleh ikut peraturan, bagaimana generasi muda pada masa akan datang?" katanya.

Masih trauma

Kata isteri selebriti dan pengacara, Nazrudin Rahman ini lagi, ibunya belum berasa selamat untuk kembali menggunakan perkhidmatan KTM buat masa ini meskipun pihak KTM telah membuat permohonan maaf atas kejadian yang berlaku.
Dalam masa yang sama, Sheahnee turut menasihatkan kumpulan remaja lelaki terbabit supaya mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku.

"Kepada remaja-remaja lelaki berkenaan, tolonglah ambil iktibar daripada insiden ini. Awak masih muda, tak terlambat lagi untuk perbaiki diri. Bab orang tua, perempuan, janganlah sesekali kacau.

"Bayangkanlah jika itu adalah mak atau adik awak. Saya tak marah dah cuma sedih. Berubahlah anak muda, jadi lebih baik. Awak semua adalah pelapis negara kita," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Lelaki Sejati Tak Bangga Diri Di TikTok Tentang Sifat Alpha Mereka…” - Nazrudin Rahman Sindir Suami Pelakon?

gempak
19/01/2023
08:00 MYT
Betul juga ye...
Hiburan

"Setahun Tak Dapat Rasa Saraf Tangan Kanan" - Naz 'Jalan-Jalan Cari Makan' Selamat Jalani Pembedahan Kali Ke-10

gempak
24/03/2020
00:42 MYT
BorakSeeni