Laman Utama

"Ada Surau, 9 Bilik, Swimming Pool, Anak-Anak”- Kak KM Ada Sebab Beli Banglo Harga Lebih 5 Juta

gempak
Mya Amri
09/06/2022
00:30 MYT
Sponsor Banner
"Ada Surau, 9 Bilik, Swimming Pool, Anak-Anak”- Kak KM Ada Sebab Beli Banglo Harga Lebih 5 Juta
Usahawan kontroversi, Liana Rosli menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dirinya riyak selepas memuat naik video berjaya memiliki rumah idamannya yang berharga lebih RM5 Juta.
Menurut Liana atau lebih mesra disapa Kak KM, niatnya hanya mahu berkongsi kegembiraan namun disalah erti oleh netizen
“Mestilah hasil kerja kak KM, takkan hasil kerja jiran pula. Tanah rumah ini sangat besar, 10,000 kaki persegi.
“Jika beli rumah baru pun mungkin susah nak dapat macam tu. Rumah itu rumah lama boleh kalau nak duduk balik sebenarnya.
“Cuma tinggal lagi kalau boleh saya ini mahu semuanya baru. Jadi kita runtuhkan balik dan ubah suai buat yang baru.
“Sebenarnya harga lebih (RM5 Juta) tapi nanti dikatakan berlagak pula. Baru cakap RM5 Juta pun orang dah marah sangat kata kita ini nak menunjuk-nunjuk.
“Padahal kita bukannya nak menunjuk. Kalau tak boleh tengok tutuplah Instagram tu, betul tak?” katanya.
Kak KM ditemui selepas sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 bertempat di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.
Sebagai seseorang yang memiliki keluarga besar, Kak KM menjelaskan mempunyai sebab membeli kediaman tersebut.
Kata Kak KM, selain bilik untuk anak-anak, dia juga mahu banglo itu dilengkapi dengan surau bagi memudahkan keluarganya melakukan ibadah.
“Sebenarnya saya nak ubah suai semua dalam rumah ini sebab anak dah bertambah jadi kalau boleh saya nak anak bilik seorang satu.
“Bilik karaoke memang dah sedia ada tapi saya nak renovate baru. Bilik untuk mak saya, mak mentua, bilik saya sendiri untuk tenang-tenangkan jiwa.
“Bilik tetamu lagi. Saya juga mahu ada surau dalam rumah sebab kalau tak kita sembahyang pun sekejap di bilik ini, sekejap di bilik itu.
“Bilik dalam rumah mungkin dalam sembilan sebab kalau sepuluh nanti jadi kecil pula. Sembilan itu kira ngam lah, seorang satu bilik.
“Setiap bilik mesti dilengkapi dengan bilik air, di luar dan bahagian bawah pun perlu ada. Di kolam renang pun ada bilik air juga. Bukan apa, senang bukan untuk tukar baju selepas berenang.
“Alhamdulillah, rumah ini adalah antara impian saya yang tercapai. Ini rumah ketujuh saya tetapi ini yang paling mahal,” jelasnya.
Terdahulu, Kak KM berkongsi keterujaan dan rasa bersyukur selepas berjaya memiliki rumah idamannya.
Kak KM juga berkongsi video pendek di akaun Instagramnya yang merakamkan momen indah sewaktu mengambil kunci rumah.
Walaupun ada netizen memberikan komen positif namun ada juga yang mengecam dan menuduh Kak KM sengaja mahu menunjuk-nunjuk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live